Bagi mereka bekerja kena duduk lama, pastikan sekurang-kurang nya dalam setiap satu jam anda bangun dan melakukan sebarang pergerakan.
Ini kerana duduk boleh meningkatkan kemampatan pada tulang belakang sehingga 30 peratus berbanding berdiri.
Akibat duduk terlalu lama, anda boleh terdedah kepada risiko masalah seperti sciatica (sakit, lemah dan kebas di kaki), slip disc dan sakit belakang di bahagian bawah badan.
Bagaimana duduk terlalu lama boleh menyebabkan slip disc?
Posisi atau cara kita duduk itu akan memberi tekanan kepada tulang belakang.
Otot belakang kita sebenarnya cukup kuat untuk membantu menguruskan atau menghadapi tekanan ini dan duduk sekali-sekala untuk makan atau menonton filem secara amnya tidak akan menyebabkan masalah bagi kebanyakan orang.
Namun, dari masa ke masa, tekanan ini boleh menyebabkan kehausan pada dinding luar cakera di tulang belakang dan ia akhirnya boleh menyebabkan koyakan yang mengakibatkan slip disc.
Secara umumnya, duduk dengan postur yang baik boleh membantu mengurangkan tekanan dan kecederaan pada cakera di tulang belakang.
Menurut Journal of Spine Surgery, duduk menyebabkan tekanan pada cakera tulang belakang, terutamanya apabila duduk dengan tidak tertib.
Sebagai contoh, duduk membongkok atau bahagian atas badan bersandar tetapi bahagian bawah badan tidak bersandar.
Simptom slip disc
Jika anda merasakan mungkin mengalami slip disc disebabkan tempoh duduk yang lama di tempat kerja, teliti simptom-simptom yang dialami.
Selain sakit belakang di bahagian bawah badan, simptom lain bagi slip disc ialah:
1. Sakit di bahagian punggung, paha atau betis
2. Sakit yang boleh digambarkan sebagai ‘mencucuk- cucuk’ atau ‘terbakar,’ terutamanya dengan pergerakan tertentu
3. Kebas atau kesemutan di bahagian bawah belakang, kawasan pinggul atau bahagian atas kaki
4. Kelemahan otot di bahagian bawah punggung, punggung, paha atau betis.
Jadi, pastikan anda duduk dengan postur badan yang betul.
Jangan terlalu membongkok atau melunjur. Sekali-sekala, bangun berdiri atau berjalan buat beberapa minit.
Tetapkan masa seperti setiap satu jam duduk bekerja, bangun berdiri atau berjalan selama 10 hingga 15 minit untuk kurangkan tekanan pada tulang belakang akibat duduk terlalu lama.
Baca:
Nah ini dia rahsia kuah kari sedap, kena letak bahan 3 bahan azimat
Bontot kuali hitam? Bahan ini bantu hilangkan kerak rentung dengan mudah