Realtime website trackingweb stats

Di manakah lif terbesar di dunia? Didakwa menyerupai saiz apartmen studio

Oleh ARIF ABDULLAH

Biasanya apabila kita naik lif di bangunan komersial atau apartment, lif itu hanya mampu menampung maksimum 20 orang pada satu masa.

Tetapi, tahukah anda bahawa di India ada sebuah lif yang boleh menampung sehingga 235 orang sekaligus?

Lif di Jio World Centre di Mumbai, India, adalah lebih besar daripada lif biasa kerana memiliki luas 25.78 meter persegi!

Di manakah lif terbesar di dunia Didakwa menyerupai saiz apartmen studio

Menurut laporan dari laman web KONE yang merupakan syarikat yang memasang lif tersebut, saiz lif tersebut dikatakan serupa dengan saiz apartment studio.

Dalam video TikTok yang menunjukkan ruang luas lif itu, kita boleh lihat bahawa ia sebenarnya besar sehingga ada yang mengambarkan seolah-olah ia seperti sebuah bilik.

Dalam video berdurasi selama 32 saat, anda dapat melihat bahagian luar lif yang memaparkan papan tanda bertuliskan “Lift Penumpang Terbesar di Dunia”.

Lebih menarik lagi, bahagian dalam lif dihias seperti bilik mewah, lengkap dengan sofa kecil.

Jika kaki anda lelah menunggu lif lama, anda boleh duduk sebentar untuk berehat.

Kerana Jio World Centre boleh disewa untuk acara persidangan, pameran, atau majlis kahwin besar, mereka membangunkan lif terbesar di dunia untuk memudahkan pengunjung yang ramai hadir agar mereka tidak perlu menunggu lama untuk naik lif semasa berlangsungnya acara.

Baca:

Litar Horizon Beranang dah nak siap, buat kerja tak banyak sembang tak macam MB Kedah

Tips beli baju raya bayi agar anak kelihatan selesa & bergaya

Jadual makan ubat secara teratur sepanjang Ramadan, barulah tak tercicir