Bagi yang mengikuti perkembangan Caprice, pasti tahu kemarahannya terhadap seorang warganet yang menghina anaknya sebagai ‘dajjal kecil’.
Caprice dengan segera mengambil tindakan dengan mencari individu itu dan dia berhasil menemuinya setelah abang kepada pelaku itu ada menghubunginya.
Menerusi hantar Instagram miliknya Caprice menunjukkan bahawa dia dan isterinya, Elis bersemuka dengan lelaki yang berusia 23 tahun tersebut.
Pada masa yang sama terlihat Elis yang sambil mengendong bayinya itu berada dalam keadaan marah terhadap pemuda itu dan bertindak tegas dengannya.
“Satu soalan aku nak tanya kau ni gila ke betul?”
“Betul”, jawab pemuda yang memberikan komen tersebut.
“Betul? Kau tak gila? Apa masalah kau, kau maki-maki anak aku, kau umur berapa sekarang?”
“23”
“Baru 23 nak buat perangai macam sampah kat luar sana? Kau patut bersyukur kau berjumpa dengan Caprice, kau patut bersyukur sebab Caprice, kau nak minta maaf dengan aku, kau kena ikut cara aku.”
Elis meminta pemuda tersebut untuk melutut sekiranya ingin meminta maaf kepada anaknya.
Caprice cuba untuk meredakan keadaan dan memujuk agar pemuda itu untuk melutut hanya sebelah lutut sahaja.
Selepas permohonan maaf itu selesai, Elis menegaskan kepada pemuda itu agar tidak melakukan perbuatan sedemikian kepada orang lain.
Selesai sahaja mereka bersua, Capice memberikan kepada pemuda itu 2 pilihan sama ada mahu dibawa ke masjid ataupun balai polis dan pemuda itu memilih untuk ke masjid.
Menerusi video berdurasi 1 minit 58 saat, mereka dilihat menunaikan solat bersama dan Caprice juga menghulur duit kepada pemuda tersebut untuk diberikan kepada ibunya.
Kepada pengguna media sosial di luar sana, hati-hati dalam memberikan kata-kata dan lebih baik diam daripada bercakap itu menyakitkan hati yang lain.
View this post on Instagram
Baca:
Luah rasa sebak, anak mangsa nahas TLDM imbau kenangan bikin netizen sedih
Jangan dengar luahan hati suami orang, Che Ta ‘basuh’ para wanita
Hanya dengan 7 bahan ini, anda boleh buat sos ala Sukiya di rumah saja, wajib ada!