Bintang The Hardest Singing Show (THSS), Datin Alyah telah mengumumkan penarikan diri daripada program tersebut.
Berita ini dikongsi oleh Alyah dalam siaran langsung The Hardest Singing Show pada hari Ahad.
Menurut Alyah, keputusan ini dibuat kerana beliau menerima panggilan untuk menunaikan ibadah Haji pada 12 Jun ini.
“Saya memohon untuk semua peminat mendoakan saya seterus mendapat haji yang mabrul,
“Saya juga ingin memohon maaf kepada seluruh tenaga kerja The Hardest Singing Show dan semua yang terlibat.
“Saya terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan pertandingan ini dan Saya mendoakan agar para peserta buat dengan sehabis baik,” jelasnya.
Pada asalnya, Alyah dijadualkan untuk menyampaikan lagu bertajuk “I am the Best” yang dinyanyikan oleh kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1.
Rancangan selama 10 minggu ini dikendalikan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad, bersama dengan pengacara, pelawak, dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, kerusi juri diisi oleh penyanyi, komposer, dan pengarah profesional yang telah lama berkecimpung dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato’ Sri Rossa, Edry Abdul Halim, dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk melihat format pertandingan yang luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terbaik abad ini di Astro.
Penerbitan ‘The Hardest Singing Show’ ditaja oleh Alha Alfa Cosmetics sebagai penaja utama.
Setiap persembahan peserta dalam ‘The Hardest Singing Show’ akan dinilai sepenuhnya oleh panel juri profesional.
Juara ‘The Hardest Singing Show’ akan memenangi wang tunai bernilai RM150,000 serta trofi yang disumbangkan oleh Astro.
Para penonton dan peminat juga boleh mengundi persembahan peserta kegemaran mereka untuk menentukan pemenang mingguan, iaitu “The Hardest Gempak Meter” pada setiap minggu.
Undian boleh dilakukan secara dalam talian melalui laman rasmi di http://gempak.com/thehardestsingingshow.
Khas untuk rancangan terbaru ini, Astro telah mengeluarkan lagu tema bertajuk ‘I’m The Best’ yang bergenre Pop, ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
‘The Hardest Singing Show’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini juga boleh distrim melalui On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan ditayangkan menerusi Studio The Hardest Singing Show, manakala segala telatah di belakang tabir, perbincangan, dan latihan di pentas utama dapat disaksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan khas untuk penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show akan disiarkan secara langsung sejurus selepas konsert utama pada jam 11.30 malam setiap Ahad.
Rancangan ini akan dihoskan oleh Nabil Ahmad, Radin, dan Azad Jazmin dari 3 Pagi ERA.
Baca:
Helikopter bawa presiden Iran & pegawai kanan terhempas, belum ada khabar berita
Bau kurang enak tapi resipi sambal udang petai wajib ada dalam menu, sedap menyengat!