Terdapat dakwaan oleh penyampai berita di Indonesia bahawa banjir yang melanda Kalimantan berpunca dari Malaysia.
Berita ini juga menyatakan bahawa banjir merupakan “kiriman” dari Malaysia.
“Selain disebabkan taburan hujan yang tinggi, banjir juga merupakan kiriman dari Malaysia,” lapor pemberita tersebut.
Banjir ini telah melanda Daerah Nunukan, Kalimantan Utara, dan menyebabkan kemusnahan ratusan buah rumah penduduk di kawasan tersebut.
Berita ini telah tersebar melalui klip video di media sosial dan menjadi perdebatan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beberapa individu berpendapat bahawa berita tersebut seakan-akan cuba menyalahkan Malaysia atas bencana yang menimpa negara seberang.
“Berapa kos Malaysia hantar air banjir ke sana? Naik pesawat atau kapal kargo? Maaf saya hanya tanya, mesti mahal kan,” seloroh Adam.
“Banjir pun dah boleh kirim, jodoh bila nak dikirim pula,” komen Dee.
Beberapa orang netizen Malaysia telah membuat jenaka dengan bertanya tentang kos dan cara penghantaran “kiriman” hujan dari Malaysia ke Indonesia seperti yang disebutkan dalam berita tersebut.
Ini termasuk pertanyaan tentang penggunaan pesawat atau kapal kargo untuk menghantar hujan.
Sementara itu, ada juga netizen Malaysia menunjukkan ketidakpuasan dengan cara berita tersebut dipaparkan.
Mereka berpendapat bahawa seharusnya negara tidak sepatutnya mencari alasan untuk menyalahkan negara lain atas bencana tersebut dan seharusnya lebih memberi tumpuan pada usaha menangani bencana di negara tersebut yang menjadi tanggungjawab mereka.
“Bahasa ‘kiriman’ itu tidak sesuai untuk disampaikan. Salah satu contoh dahulu gempa bumi di Sumatera, gegarannya dirasai sampai ke Selangor, Malaysia, malah tidak pernah pula dengar berita Malaysia kata ‘gempa bumi kiriman Indonesia’.
Seorang individu warga Indonesia juga menyoroti penggunaan bahasa dalam berita tersebut, khususnya perkataan ‘kiriman.’
Video:
Beliau berpendapat bahawa istilah tersebut dapat menimbulkan salah faham di kalangan penduduk kedua-dua negara dan menekankan bahawa bencana adalah kiriman Tuhan dan bukannya kiriman manusia.
Baca:
Gelabah asyik kena ‘tegur’ di Seremban, ini bukti rakyat Malaysia memang alergi bunyi hon
Jepun cipta bantal khas untuk tidur ‘puas’ di pejabat, siap ada ciri-ciri elak tanda tidur di wajah