Menjamah puding yang baru dikeluarkan dari peti sejuk waktu minum petang dalam cuaca panas begini memang ‘healing’ habis.
Mudah saja nak buat Puding Tutti Fruity dan terpulang seberapa banyak anda ingin anda hasilkan.
Yang penting puas makan berbanding kalau beli tentunya agak terhad.
Apa kata cuba resepi dikongsikan Hasyimah Harun ini:
CARA BUAT PUDING TUTTI FRUITY
Bahan-bahan:
- Puding Tutti Fruity
- 1 kampit agar-agar serbuk
- 1 tin susu cair
- 3 tin air(sukat guna tin susu)
- 1 tin susu full cream (sukat guna tin susu)
- 1 tin susu pekat
- 2 sudu tepung kastard
- Essen vanila
Cara-cara membuatnya:
– Masukkan semua bahan di atas dalam periuk.
– Kacau supaya tepung kastard tidak berketul.
– Masak sampai mendidih.
– Padam api dan sejukkan.
Sementara itu, bekas acuan itu lorek-lorekkan dulu dengan filling yang anda suka.
Selepas itu, baru masukkan masakan anda tadi.
Simpan dalam peti sejuk.
Untuk tujuan ‘filling’, boleh gunakan kiwi, blueberi dan strawberi
Baca:
Selepas serangan jantung, sakit tulang belakang pula – Ini keadaan terbaharu Menteri Ekonomi
Nampak tenggelam timbul, isteri sedih tidak dapat selamatkan suami dihanyut ombak
Dibawa ombak sejauh 16KM, jasad mangsa lemas ditemui selepas 30 jam pencarian