Realtime website trackingweb stats

Cikgu kecewa hampir satu kelas dapat markah kosong, tapi cita-cita mereka mengejutkan

Oleh ADINDA

 

Seorang guru kecewa apabila hampir kesemua pelajar dalam kelasnya mendapat markah kosong bagi peperiksaan Sejarah Tingkatan 2 sesi 2023/2024.

Beliau turut berkongsikan gambar muka depan kertas peperiksaan itu di laman X dengan rata-ratanya mendapat marlah kosong kerana tidak menjawab soalan langsung.

Namun, mengejutkan apabila cikgu berkenaan bertanyakan cita-cita mereka yang merupakan pelajar kelas paling hujung bagi tingkatan itu selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Cikgu kecewa hampir satu kelas dapat markah kosong, tapi cita-cita mereka mengejutkan

“Aku tanya, apa cita-cita korang (anda semua) selepas SPM nanti?

“Murid jawab, jadi influencer (pempengaruh media sosial) cikgu dan hasilnya markah Sejarah mereka,” katanya.

Guru Sejarah itu memaklumkan terdapat seramai 32 pelajar di dalam satu kelas.

Sebanyak 90 peratus daripada mereka hanya menghantar kertas jawapan peperiksaan kosong tanpa menjawab.

Jelasnya, peperiksaan itu melibatkan bahagian B yang memerlukan pelajar menjawab soalan struktur dan esei.

“Murid kelas ini adalah kelas kelima dari lima kelas yang ada.

“Ada 32 orang murid. Markah di atas untuk bahagian B (struktur dan esei) dan 90 peratus yang dapat marlah kosong tak menjawab langsung. Tinggalkan ruang kosong.

“Yang lain semua ada jugak markah sebab cuba menjawab,” kongsinya.

Susulan luahan guru itu, rata-rata warganet terkejut dengan markah yang diraih pelajar kelas terbabit.

“Kesiannya budak-budak sekarang. Pergi sekolah sekadar untuk kehadiran sahaja. Bukan bersungguh untuk menuntut ilmu.

“Ibu bapa perlu main peranan, jangan biar anak-anak leka dengan dunia mereka sehingga abai pendidikan,” demikian kata warga maya.

Baca:

Pemandu bas gaji hampir RM18,000, ribuan mohon tapi hanya yang kosong ini saja

Jika masih bazir makanan, mereka sudah terpaksa kisar makanan haiwan elak kebulur

‘Penat saya bayar….’ pemilik Suka Dessert jawab tuduhan guna coklat murah