Kenapa kita kena pecah minyak bila masak rempah?
Pernahkah anda perasan apabila hendak memasak hidangan seperti kari, tumis, atau sebagainya, anda perlu memanaskan rempah terlebih dahulu hingga minyaknya pecah? Ini adalah kerana bahan kimia dalam rempah sendiri.
Biasanya, bahan kimia dalam makanan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu organik dan bukan organik.
Ini tidak ada kaitan dengan konsep makanan organik yang bebas daripada racun serangga atau sebagainya; ini adalah istilah kimia semata-mata.
Contohnya, bahan kimia organik termasuklah alkohol, aldehid, atau lebih umumnya, bahan kimia yang mengandungi unsur karbon.
Manakala bahan kimia bukan organik seperti asid dan garam tidak mengandungi unsur karbon.
Disebabkan faktor ini menyebabkan terdapat perbezaan yang ketara antara dua jenis bahan kimia ini, iaitu bahan kimia organik yang tidak boleh larut dalam air dan bahan kimia tak organik yang larut dalam air.
Jadi, bagaimana kita boleh melarutkan bahan kimia organik ini?
Cara untuk melarutkannya adalah dengan menggunakan bahan kimia organik yang lain, terutamanya minyak.
Sebagai contoh, untuk melarutkan propen, yang merupakan gas masak, kita boleh larutkannya dalam minyak seperti minyak petrol.
Ini adalah sebab mengapa kulit kita menjadi pedih apabila kita mengendalikan minyak tanah, kerana kulit kita mengandungi lemak, yang juga adalah sejenis bahan kimia organik.
Minyak tanah mudah larut dalam kulit kita, menyebabkan rasa sakit pada kulit.
Jadi, mengapa kita perlu menumis rempah sebelum menggunakan dalam masakan?
Ini kerana bahan-bahan yang memberi rempah rasa seperti pedas juga mengandungi kimia organik!
Misalnya, cili mengandungi capsaicin yang memberikan rasa pedas.
Capsaicin ini adalah jenis minyak yang beraroma, jadi apabila kita menumisnya dalam minyak masak, capsaicin akan larut dalam minyak tersebut.
Prinsip yang sama berlaku untuk rempah seperti daun kari, kulit kayu manis, dan rempah-rempah lain seperti bunga lawang.
Baca :
‘Cucuk’ duit rupanya patut kereta lama di petak isi petrol, yang ada perangai begini wajib baca