Lori adalah kenderaan berat yang digunakan untuk mengangkut barangan dalam jumlah besar seperti padi, minyak, kargo, dan lain-lain, sama ada untuk kegunaan domestik atau import.
Lori ini biasanya mempunyai saiz yang besar dan panjang untuk menampung penghantaran yang besar sekaligus.
Apabila kita melihat lorries dan treler di jalan raya, kita mungkin perhatikan terdapat huruf-huruf tertentu pada bahagian kepala lori
Atau pada badan, tangki, atau kargo yang diangkut. Adakah huruf-huruf ini hanya penanda atau mempunyai makna khusus dalam sistem atau agensi di negara kita?
Pertanyaan ini sering timbul di kalangan netizen yang ingin tahu lebih lanjut mengenai makna dan tujuan huruf-huruf ini.
Makna Huruf pada Lori
Sebenarnya, huruf-huruf tersebut mempunyai maksud yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) di bawah Dasar Pelesenan.
Lori Pembawa ‘A’
Bagi lori berlabel ‘A’, kenderaan berat ini membawa barangan untuk sewa atau upah bagi atau berhubung dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan.
Untuk lori berlabel ‘A’ di badan kenderaan adalah perkhidmatan bukan kontena. Ia beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia.
Lori Pembawa ‘C’
Manakala lori berlabel ‘C’ ini pula membawa barangan sendiri bagi atau berhubungan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan.
Lori ini juga beroperasi penuh di Semenanjung Malaysia.
Lori Pembawa ‘KA’
Sementara itu, lori yang berlabel ‘KA’ pula merujuk kepada lori yang membawa muatan kontena, lapor Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) .
Lori ini beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia sama seperti lori penanda ‘A’
Lori Penanda ‘T’
Menurut P.K. Wawasan Setia Sdn Bhd, sebenarnya stiker yang terdapat pada lori ini bukanlah merujuk kepada permit pelesenan, sebaliknya ia bermaksud ‘Treler’.
BACA:Kawasan rumah ada masalah kera berkeliaran, guna cara ini paling mudah dan berkesan