Realtime website trackingweb stats

Buat sendiri jeruk mangga rangup tanpa bahan pengawet, barulah tak sakit tekak

Oleh ADINDA

Buah yang masih crunchy walaupun telah direndam lama dalam air jeruk pasti menjadi pilihan ramai orang.

Namun, ramai penjual atau pembuat jeruk menggunakan bahan pengawet untuk mengekalkan kerangupan dan tekstur agar tidak mudah menjadi lembik.

Seperti yang kita tahu, bahan pengawet sebenarnya tidak baik untuk kesihatan jika diambil dalam jangka masa panjang.

Jadi, bagi mereka yang prihatin akan kesihatan, terdapat cara lain yang lebih selamat untuk membuat jeruk sendiri di rumah.

Cara tersebut telah dikongsi oleh Akma Razali melalui hantaran beliau di Facebook yang boleh dijadikan panduan untuk membuat jeruk mangga:

Buat sendiri jeruk mangga rangup tanpa bahan pengawet, barulah tak sakit tekak

1. Pilih enam biji mangga yang masih muda.

2. Buang kulitnya dan basuh bersih-bersih.

3. Potong-potong mangga mengikut bentuk mengikut citarasa.

4. Letakkan mangga dalam bekas bertutup.

5. Tuangkan air secukupnya hingga meliputi mangga.

6. Campurkan dua genggam garam kasar ke dalamnya.

7. Masukkan separuh botol cuka ke dalam campuran itu.

8. Gaulkan semua bahan dengan baik sehingga mangga rata.

9. Biarkan mangga direndam semalaman.

10. Tapis air rendaman dan tidak perlu dibilas.

11. Masukkan mangga yang telah direndam ke dalam balang untuk dijerukkan.

12. Masukkan air gula yang telah disimpan dalam peti sejuk, sesuai dengan tahap manis yang diinginkan.

Selepas anda siap membuat jeruk, biarkan semalaman sebelum dihidangkan.

Akma juga berkongsi bahawa kaedah ini boleh digunakan untuk membuat jeruk buah kelubi.

Baca:

”Ia terlalu sejuk” – Ratu cantik berdepan detik ngeri & hilang anggota badan ketika daki Puncak Mera

“Kena faham saya…” – Lakonan Fazura terima kecaman, namun lain pula respon empunya diri

“Ingatkan sinki, rupanya…” – Netizen keliru tengok reka bentuk dapur chef ini