Berang dengan video lelaki memujuk mahu poligami, reaksi Shila Amzah buat ada yang koyak kait dengan agama.
Berkongsi pendapat di media sosial, penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa ‘berang’ apabila tular video seorang lelaki yang dikatakan ‘memujuk’ isteri pertamnya sebelum melangsungkan pernikahan dengan wanita lain.
Jelas Shila, seorang lelaki tidak perlu ‘memujuk’ dan memuat naik hantaran penghargaan semata-mata untuk membuktikan cinta terhadap isteri pertama apatah lagi sebelum menikahi wanita lain.
“Kalau anda betul sayang isteri pertama, tiadanya nak kahwin isteri kedua. Walaupun dapat izin daripada isteri pertama itu.
“Eh baran eh tgk TikTok hari ini. Fikir logik sahajalah, jangan nak buat hantaran penghargaan panjang berjela nak tunjuk bagaimana anda menghargai isteri pertama sedangkan mahu menduakannya,” kongsi Shila di aplikasi X.
Luahan penyanyi Patah Seribu itu mendapat pelbagai reaksi termasuk segelintir lelaki yang tidak berpuas hati dan menganggap Shila merendahkan agam kerana bercakap soal poligami.
Menjawab reaksi tersebut, Shila bagaimanapun menjelaskan dia tidak merendahkan agama hanya kerana bercakap tentang perkara yang dibenarkan dalam Islam.
“Tak ada orang nak merendahkan agama. Jangan bercakap bagi pihak saya.
“Lelaki manipulatif mula menjelmakan diri sedikit demi sedikit di ruangan balas,” ujarnya.
Tular di media sosial seorang pempengaruh memuat naik video ‘memujuk’ isteri pertama usai solat bersama beberapa sebelum menikahi wanita lain.