Realtime website trackingweb stats

Bawa balik sayur selepas hadiri majlis kahwin, cenderahati sihat tapi ada yang ‘tak kena’

Oleh NURAIMAN

Bawa balik sayur selepas hadiri majlis kahwin, cenderahati sihat tapi ada yang ‘tak kena’.

Majlis perkahwinan pengantin bernama Andini dan Tirta di Indonesia ini memang ‘rare’ dan nampaknya beri ilham kepada bakal mempelai untuk memilih tema yang sama.

Mana tidaknya, menerusi rakaman video yang tular di media sosial itu, tetamu boleh membawa balik sayur-sayuran segar seperti sawi, terung, lobak merah dan kacang panjang.

Cenderahati gaya hidup sihat itu tentunya membahagiakan orang ramai dan suasana tersebut dikongsikan dalam akaun TikTok @kamaniya.organizer.

Bawalah seberapa banyak sayur yang mereka suka. Bahkan, pihak pengurusan majlis pun menyediakan beg plastik.

Lantaran beg plastik yang kalis tampak dari luar, boleh dilihat apa dan berapa banyak sayur yang diambil oleh tetamu majlis itu.

Bagusnya apabila ada tetamu mengambil sayuran mengikut keperluan sehingga dilihat beg plastik mereka tidaklah sendat.

Yang ‘tak kena’ apabila ada kaum ibu malah bapa mengambil terlalu banyak sayur. Malah, ada yang macam borong sayur-sayuran sampai terpaksa menjinjing dua beg plastik.

Perangai buruk itu sekaligus dibimbangi hanya akan menghantar sayur-sayuran itu ke tong sampah akhirnya.

Sikap segelintir tetamu yang dilihat mementingkan diri juga menyebabkan orang yang terkemudian hanya dapat membawa balik sedikit sahaja sayuran.

Tidak kurang juga lantaran terdapat tetamu yang tidak cermat atau barangkali terlalu seronok memilih sayur-sayuran itu, ada bahan makanan hijau itu sudah bersepah di lantai.

@kamaniya.organizer Definisi hemat 3 hari gak ke pasar ye buu 😝 #weddingtiktok #pasarsayur #weddingjawa #konseppernikahan #trendtiktok ♬ Bercyandya – DJ Bombompret

Mungkin sudah ada tetamu sudah terpijak. Lantaran itu, orang ramai menasihatkan agar pakcik dan makcik mengambil sayur-sayuran yang disediakan percuma itu secara berhemah.

“Ah, sayur-sayur sudah di lantai. Tolong angkatkan. Jangan dipijak, jangan membazir.

“Kalau saya jaga di sana memang dah kutip cepat-cepat sebelum orang pijak-pijak.

“Makcik pakcik ambillah elok-elok jangan jatuh-jatuhkan sayur tu,” demikian antara nasihat netizen.

Baca:

Kecoh bahasa diguna pada peta laluan LRT di Pulau Pinang, rupanya ada udang di sebalik batu

Sanggup menahan sakit kulit ditusuk jarum, bapa cacah tatu nama anak 667 kali

Lelaki ‘saudara baharu’ kongsi petua nak pikat wanita Cina, cukup syarat ini ‘Ah Moi’ cair terus