Realtime website trackingweb stats

Banyak rupanya sisi gelap sekolah asrama penuh, ibu ini terkejut lihat telefon anaknya

Oleh NURAIMAN

Heboh apabila sebahagian ibu bapa bertegas tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah asrama penuh kerana bimbang pengaruh sosial yang semakin teruk dalam kalangan pelajar termasuk gay.

Seorang TikTokers, Fahdi Ghazali berkongsi kisah rakannya yang enggan menghantar anak mereka ke sekolah berasrama kerana melihat lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

“Kawan saya doktor bagitahu dia tak akan masukkan anak-anak dia ke sekolah asrama penuh. Saya terkejut sebab kawan saya ni asalnya dari sekolah asrama penuh. Dia kata sekarang semuanya berbeza.

“Anak-anak kita sekarang terdedah dengan dunia luar. Contohnya, LGBT sebenarnya sudah meresap ke dalam anak-anak kita tanpa sedar. Sebab mereka selalu tengok video-video.

“Kalau mereka terjebak dari awal, mereka susah nak kikis benda tu bila mereka dah tua,” katanya menerusi perkongsian video di TikTok.

Ramai ibu bapa bersetuju dengan pendangan tersebut dan ada yang berkongsi kisah anak-anak mereka setelah dihantar ke sekolah berasrama.

Seorang ibu kepada anak yang belajar di Tingkatan Tiga berkata, perangai anaknya sendiri mula berubah selepas tiga bulan dihantar ke sebuah sekolah berasrama.

“Setiap kali balik rumah dia akan berkunci duduk dalam bilik. Satu hari, aktiviti anak saya terbongkar apabila saya ke biliknya ketika dia tertidur dan lupa kunci pintu bilik.

“Terkejutnya saya sebagai ibu lihat telefon anak saya sedang pasang video lucah pasangan gay.

“Bila dipaksa anak mengaku, akhirnya dia bercerita dipengaruh kawan-kawan asrama, dan mereka di bilik bebas berhubungan songsang,” luahnya kecewa.

Tambahnya lagi, sejak dari peristiwa itu beliau dan suami mengambil keputusan menukarkan anaknya ke sekolah menengah harian biasa dan sentiasa memantau setiap aktiviti yang dilakukan.

Namun, ada juga berpendapat tidak semestinya anak mudah terpengaruh dengan gay di sekolah asrama memandangkan pengaruh buruk itu boleh juga berlaku di sekolah harian sekali pun.

Malah, ada ibu bapa memberitahua anak-anak mereka cemerlang akademik dan sahsiah kerana proses mendidik anak adalah bermula dari rumah diiringi keberkatan doa ibu bapa.

“Kalau sekolah harian pun, kalau nak terjebak, terjebak jugak.

“Sedih sangat padahal sistem sekolah asrama penuh ni bagus sangat, boleh tingkatkan disiplin, dan latih kemahiran insaniah.

“Alhamdulillah, dua orang anak saya tinggal di asrama, dari tingkatan 1 hingga tamat tingkatan 5. Syukur sangat tidak ada perkara-perkara buruk atau tidak sihat berlaku,” demikian perkongsian warganet.

Baca:

Abang rider perlu bersedia, ini maklumat pengambilalihan operasi Foodpanda oleh Grab yang diketahui setakat ini

Jarang berlaku Empangan Timah Tasoh bergelora, waspada situasi angin kencang dan hujan lebat

Khairul Aming dedah kenapa tiada aset rumah, kecuali sebuah kereta bezza, buat ramai terinspirasi