Realtime website trackingweb stats

Bahaya hingga boleh memudaratkan, elak makan telur dengan jenis makanan ini

Oleh AHMAD ISMAIL

Telur merupakan makanan yang disukai ramai.

Walaubagaimanapun, ingatlah untuk elakkan makan telur dengan jenis-jenis makanan tertentu kerana ia boleh menjadi tidak baik untuk kesihatan kita.

Walaupun telur adalah makanan yang kaya dengan nutrisi dan mempunyai pelbagai manfaat, namun ini tidak bermakna kita boleh makannya bersama-sama dengan apa sahaja jenis makanan atau minuman.

Bahaya hingga boleh memudaratkan, elak makan telur dengan jenis makanan ini

Terdapat beberapa jenis minuman dan makanan yang sebaiknya dielakkan selepas kita makan telur.

Berikut adalah beberapa contoh makanan yang tidak sesuai dimakan bersama dengan telur, termasuk pelbagai jenis sumber:

1. Susu Soya

Walaupun susu soya adalah salah satu sumber protein tumbuhan yang baik, elakkan mengambilnya bersama telur.

Apabila kedua-duanya diambil bersama, jumlah protein dalam badan akan meningkat dengan cepat.

Hal ini boleh menghalang penyerapan protein dengan baik.

2. Teh

Ramai orang memilih untuk makan telur bersama segelas teh panas sebagai juadah untuk sarapan.

Walau bagaimanapun, menggabungkan makanan dan minuman ini boleh membawa risiko kepada kesihatan.

Beberapa masalah yang mungkin timbul apabila kita mengambil kedua-duanya adalah sembelit dan peningkatan asid lambung.

Menurut kajian dalam Journal of Nutrition, minum teh bersama telur boleh mengurangkan penyerapan protein sehingga 17 peratus.

3. Gula

Jangan ambil telur bersama gula.

Bila diambil sekali, asid amino yang dilepaskan oleh keduanya boleh menjadi racun dan menyebabkan pembentukan gumpalan darah.

4. Pisang

Gabungan telur dan pisang akan membuat perut terasa kenyang dan memerlukan waktu lebih lama untuk dicerna.

Sebagai pilihan yang lebih baik, anda boleh nikmati keduanya secara berasingan sebagai sebahagian dari pola makan yang sihat.

5. Daging

Kandungan lemak dan protein yang banyak dalam telur dan daging boleh membuat pencernaan terganggu apabila dimakan bersama.

Tambahan pula, mengambilnya pada masa yang sama boleh menyebabkan rasa letih.

6. Produk susu

Telur dan susu sering menjadi pilihan sarapan untuk ramai orang.

Namun, sebaiknya kita hindari mengambil kedua-duanya secara serentak.

Menurut India Times, menggabungkan telur dengan produk susu seperti keju boleh menyebabkan masalah pencernaan.

7. Jeruk

Elakkan untuk mengambil telur bersama dengan jeruk.

Ini kerana, keasaman dalam buah sitrus berpotensi untuk membekukan telur semasa dimasak bersama.

Semoga info ini bermanfaat.

Baca:

Senyap-senyap kahwin lain antara sebab individu tidak mahu daftar PADU

Malaysia masih sanjung rumput lembu, TMJ tegur pihak berwajib

Lelaki maut, kereta rempuh treler