Bagus dapat bos macam ni, siap belanja staf RM10,000 suruh kahwin. Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad yang terkenal dengan sikap murah hati, tampil membuat kejutan kepada salah seorang kakitangannya.
Hafiz menerusi perkongsiannya di Instagram berkata, dia memahami cabaran seorang lelaki dalam usaha untuk menghalalkan wanita yang disayangi kerana pernah melaluinya suatu ketika dahulu.
“Teringat waktu kahwin dengan Aina dulu. Staf saya ni bagus, ingat dua tahun lepas waktu temuduga dengar dia budak tahfiz, terus saya ambil sebab boleh la dia ajar kami dekat pejabat ni tentang agama.
“Dia kata, umrah dah bagi, ni kahwin pula. Bukan abang bagi, ni rezeki daripada amalan awak. Abang hanya dengar ‘suara hati’.
“Jika ini hak kamu, maka dia hak kamu dengan perniagaan. Di mata orang mungkin abang pemiliknya, tapi di mata tuhan abang, abang pemegang harta sementara, bukan milik abang sepenuhnya,” katanya.
View this post on Instagram
Tambah Hafiz lagi, para pekerjanya adalah merupakan tanggungjawabnya.
Oleh kerana itu, dia ingin mencipta banyak kenangan yang boleh dikenang dan diceritakan suatu hari nanti.