Realtime website trackingweb stats

Awas! penduduk Terengganu diminta waspada tiga jalan utama ditenggelami banjir kilat

Oleh SHAZLIN AZIZ

Tiga jalan utama di pusat bandar raya Terengganu telah dilanda banjir kilat.

Hujan lebat yang bermula semalam di Terengganu telah menyebabkan beberapa kawasan rendah di sini mula mengalami kenaikan air awal pagi ini.

Setakat ini, maklumat yang diterima menyatakan bahawa tiga jalan utama di pusat bandar raya Kuala Terengganu, iaitu Jalan Kamarudin, Jalan Sultan Omar, dan Jalan Gong Kapas, telah ditenggelami air akibat banjir kilat, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius.

Awas! penduduk Terengganu diminta waspada tiga jalan utama ditenggelami banjir kilat

Walau bagaimanapun, belum ada tempat pemindahan sementara yang telah dibuka sehingga kini.

Pada masa yang sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jelani Sulong, menyatakan bahawa beberapa sekolah di kawasan Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu terpaksa ditutup pada pagi ini kerana mengalami banjir.

Dia menyatakan bahawa lima buah sekolah terpaksa ditutup atas sebab bencana di daerah Kuala Terengganu, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, SMKA Sheikh Abdul Malek, SK Gelugor, dan SK Kedai Buloh.

“Di Hulu Terengganu pula, satu sekolah yang ditutup ialah SK Lubuk Periuk.”

“JPNT masih dalam proses mengumpul laporan dari pejabat-pejabat daerah yang lain dan mempertimbangkan penutupannya melalui cuti bencana,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Pada masa yang sama, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air bahawa dua sungai di Hulu Terengganu telah melepasi paras bahaya pagi ini.

Dua sungai itu ialah Sungai Peneh di Felda Mengkawang yang menunjukkan bacaan air setinggi 37.73 meter berbanding paras bahaya sebanyak 37.5 meter, dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu menunjukkan bacaan 21.82 meter berbanding paras bahaya 21 meter.

Di samping itu, tiga sungai juga menunjukkan kadar air yang melampaui paras berjaga-jaga pada masa ini.

Dua daripada sungai tersebut terletak di daerah Setiu, iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok.

Di Kemaman, Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik juga mengalami peningkatan paras air yang telah mencapai tahap berjaga-jaga, dan keadaan sama juga berlaku di Parit Utama, Padang Kemunting di daerah Kuala Nerus.

Baca:

Berdarah melayu brunei, Puteri Ameerah tarik perhatian netizen

“Dengan kekerdilan diri, saya mohon maaf kepada Siti Nurhaliza” – Mufti

Gandakan sabun cuci pinggan, tahan hingga 5 bulan