Realtime website trackingweb stats

Apa jadi tu? Lagi kes paku bertaburan di Lebuh Raya Karak

Oleh ADINDA

Baru-baru ini, berlaku satu kejadian di Rawang di mana seorang lelaki tercedera kerana kakinya terpijak paku semasa sedang jogging di tepi jalan.

Kejadian serupa berlaku di Lebuh Raya Karak.

Sekitar 30 kereta terpaksa berhenti kerana tayar mereka bocor akibat terkena paku yang tersebar di jalan raya.

Melalui video yang dimuat naik di TikTok oleh @mohdfaizlatiff, kejadian ini berlaku di sebuah lebuh raya sebelum Tol Karak pada pukul 10 malam Isnin.

Menurut pengguna TikTok tersebut, semua kereta yang lalu pada masa itu mengalami perkara yang sama.

Apa jadi tu Lagi kes paku bertaburan di Lebuh Raya Karak

Dia berkata lagi, semasa pemeriksaan, semua tayar yang bocor didapati disebabkan oleh paku yang sama.

Dia juga berasa marah dengan sikap orang yang tidak bertanggungjawab yang menyebabkan ramai kenderaan terjejas.

Apabila melihat di ruangan komen, kebanyakan orang di internet memberikan pelbagai reaksi tentang kejadian tersebut.

Sementara itu, orang ramai juga meminta pihak berkuasa untuk menyiasat segera kerana perkara ini telah membahayakan banyak pengguna jalan raya.

Menurut berita dari Sinar Harian, syarikat yang menguruskan Lebuhraya Kuala Lumpur ke Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), iaitu Anih Berhad, menolak dakwaan bahawa terdapat unsur pengkhianatan susulan kenderaan terpaksa berhenti kerana tayar bocor akibat terkena serpihan besi yang tersebar di atas jalan.

Difahamkan mereka juga kumpul semua logam dari tempat kejadian pada hari kejadian.

Polis tengah gigih berusaha mencari pelaku yang menyebabkan paku tersebar di situ.

@mohdfaizlatif

Ada org pedajjal sebelum tol karat dekat selekoh double tu..ada paku terabur tengah jalan..hati2 semua yang lalu mlm ni 29/4/2024…hampir 30 biji tersadai tepi jln bocor tayar..dekat exit termeloh 10 biji skali dgn aku..Kerana terlalu ramai tersadai tepi jalan aku berhenti di exit termeloh

♬ original sound – Faiz Latif – Faiz Latif

Baca:

”Ia terlalu sejuk” – Ratu cantik berdepan detik ngeri & hilang anggota badan ketika daki Puncak Mera

“Kena faham saya…” – Lakonan Fazura terima kecaman, namun lain pula respon empunya diri

“Ingatkan sinki, rupanya…” – Netizen keliru tengok reka bentuk dapur chef ini