Realtime website trackingweb stats

Antara fakta dan mitos tentang bunuh diri

Oleh ADINDA

Bunuh diri adalah topik kompleks yang terjadi daripada pelbagai faktor, seperti psikologi, sosial, biologi, budaya, dan persekitaran. Masalahnya semakin rumit apabila masih terdapat banyak salah faham mengenai isu penyebab bunuh diri.

Tidak sedikit mitos bunuh diri yang berkembang jauh daripada fakta dan bidang perubatan yang sebenar. Pengertian bunuh diri yang sesat pasti memberi satu ancaman kepada masyarkat.

Berikut adalah mitos dan fakta bunuh diri yang penting untuk anda ketahui:

1. Bunuh diri terjadi kepada individu yang mempunyai gangguan mental 
Fakta: Pesakit sakit jiwa mempunyai risiko bunuh diri yang lebih tinggi, tetapi bunuh diri juga boleh berlaku pada orang yang sihat secara fizikal dan mental.

Kemudian, kajian tahun 2018 yang diterbitkan dalam jurnal Annals of General Psychiatry menunjukkan bahawa hubungan antara gangguan mental dan peningkatan kadar bunuh diri belum jelas.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menunjukkan bahawa dari bunuh diri yang direkodkan di seluruh dunia, tidak semuanya disebabkan oleh gangguan mental sebelumnya. Memahami mitos bunuh diri ini membantu mencegah bunuh diri.

Berdasarkan laporan tersebut, didapati bahawa banyak bunuh diri berlaku kerana seseorang tidak dapat mengatasi tekanan dalam hidup, seperti masalah kewangan, putus cinta, atau sakit kronik akibat penyakit.

2. Orang yang Bercakap Tentang Bunuh Diri Tidak Serius dan Tidak Akan Melakukannya
Fakta: Kebanyakan orang yang membunuh diri sudah memberi amaran atau petanda akan kehendak mereka. Ada yang mengatakan kepada mereka yang terdekat dengan menunjukkan hidupnya sukar atau merasakan dia tidak mempunyai masa depan.

Malah, ada yang menyatakan bahawa mereka mahu mengakhiri hidup mereka. Penting untuk diketahui bahawa kebanyakan orang yang bunuh diri sebenarnya berbelah bahagi antara mahu hidup atau mati kerana mereka tidak mahu menjalani kehidupan yang mereka ada sekarang.

Mitos bunuh diri ini tidak boleh dipandang ringan. Ungkapan atau ucapan mengenai hasrat bunuh diri perlu diberi perhatian serius dan segera. Anggota keluarga atau orang terdekat yang menyedari perkara ini perlu segera memberikan respons, dan berusaha mencari jalan keluar supaya bunuh diri dapat dicegah.

3. Ketika Orang Sudah Pernah Melakukan Cubaan Bunuh Diri dan Gagal, Mereka Biasanya Tidak Akan Mengulanginya
Fakta: Orang yang pernah mencuba bunuh diri mempunyai potensi yang besar untuk melakukannya lagi. Daripada semua kes bunuh diri yang berlaku, sejumlah besar pernah melakukan percubaan bunuh diri sebelumnya.

Kurangnya kesedaran mengenai mitos ini menyebabkan 800,000 orang mati akibat bunuh diri setiap tahun, menurut laporan dari WHO. Jadi, mitos bunuh diri yang ini sangat salah.

4. Tidak Semua Bunuh Diri Dapat Dicegah
Fakta: Keinginan bunuh diri hanya bersifat sementara, walaupun orang itu mengalami tekanan rendah diri (dipresi) dan ketakutan (anxiety) untuk masa yang lama.

Oleh itu, memberi sokongan kepada mereka sangat penting. Contohnya, menjalin hubungan erat dengan pelaku atau mencari pertolongan profesional dan hospital yang sesuai.

Mempunyai kesedaran untuk mencari pertolongan akan membantu dalam mencegah bunuh diri. Di samping itu, mengelakkan benda atau bahan yang boleh digunakan untuk membunuh diri juga dapat mencegah bunuh diri.

5. Bertanya Tentang Hasrat Bunuh Diri Akan Menggalakkan Orang untuk Bunuh Diri
Fakta: Sering kali, orang yang ingin bunuh diri enggan meresahkan atau membebankan keluarganya dengan menceritakan apa yang mereka rasakan.

Bila Anda bertanya tentang bunuh diri kepada mereka, hal tersebut akan membuat mereka lebih terbuka. Mereka akan menceritakan tentang apa yang mereka rasakan dan hal itu dapat melegakan diri mereka. Mereka memiliki kesempatan untuk mencari jalan keluar selain bunuh diri.

6. Orang yang Berniat Bunuh Diri Hanya Mencari Perhatian
Fakta: Orang yang menyatakan hasrat ingin mengakhiri hidup mereka harus selalu dianggap serius. Hakikatnya mereka memerlukan pertolongan atau tempat untuk bercerita, yang kemudian banyak disalah faham oleh orang sekelilingnya. Memberikan mereka perhatian akan menyelamatkan hidup mereka.

Untuk itu, setiap ungkapan atau ucapan yang memberi “hint” adanya keinginan bunuh diri perlu mendapat perhatian yang serius.

7. Orang yang Bunuh Diri Benar-Benar Ingin Mati
Fakta: Kebanyakan orang yang bunuh diri dilema mengenai sama ada mereka mahu hidup atau mati yang sebenarnya mereka tidak mahu menjalani kehidupan yang mereka ada sekarang. Mitos bunuh diri ini menyesatkan, kerana akhirnya orang di sekelilingnya juga merasa putus asa.

Kes cubaan bunuh diri remaja memanjat ke bumbung sekolah kerana cinta ditolak

Seharusnya setiap orang mempunyai pengetahuan asas mengenai masalah bunuh diri, terutama ibu bapa, guru, dan penjaga. Ini kerana bunuh diri merupakan penyebab kematian ketiga yang paling tinggi dalam populasi berusia 15-19 tahun.

8. Orang yang Ingin Bunuh Diri Akan Menunjukkan Petanda Tertentu
Fakta: Mitos bunuh diri ini tidak benar. Selalunya bunuh diri berlaku secara tiba-tiba apabila seseorang tidak dapat mengatasi masalah hidup yang membuatnya mengalami tekanan yang tidak terkawal.

Stigma dalam masyarakat terhadap bunuh diri juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan seseorang memilih untuk memendam perasaan yang mungkin dirasakan, seperti tekanan dan kemurungan.

Pada seseorang yang mempunyai keinginan bunuh diri, kebebasan untuk meluahkan perasaan dan dapat menyatakan kegelisahan akan membantu mencegah hasrat bunuh diri. Keterbukaan untuk membincangkan hasrat ini sebenarnya merupakan kunci penting dalam mencegah bunuh diri.

Ayesha Arif Khan yang berusia 23 tahun mengakhiri hidupnya pada hari Khamis dengan terjun di Sungai Sabarmati di Ahmedabad akibat tekanan sering kali di dera suami dan keluarga mertuanya. Sebelum terjun ke sungai, dia merakam pesanan video dan dia mengatakan bahawa dia mencintai suaminya Arif tetapi suami tidak mencintainya.

9. Orang yang Bunuh Diri Disebabkan Kerasukan Jin Syaitan
Fakta: Ini adalah mitos bunuh diri yang paling sering kedengaran di kalangan masyarakat nusantara. Malangnya, ini sebenarnya menjadi halangan dalam pencegahan dan rawatan bunuh diri.

Keratan akhbar BH yang menyebut pesakit mental lebih percaya bomoh daripada psikiatri

Seseorang yang mempunyai kecenderungan bunuh diri atau telah cuba membunuh diri harus dibawa ke profesional seperti psikologi atau psikiatri, dan bukannya dibawa ke bomoh atau perawat tradisional.

10. Orang yang Bunuh Diri Pasti Tidak Ada Iman
Fakta: Idea bunuh diri tidak ada kaitan dengan kepercayaan dan agama seseorang. Ini adalah mitos bunuh diri yang sangat mengelirukan, kerana ia boleh menjadi stigma yang menyukarkannya.

Memang benar bahawa hubungan yang baik antara seseorang dan penciptanya dapat menolong seseorang mengatasi pelbagai penyebab bunuh diri. Namun, itu tidak bermaksud bahawa jika seseorang cuba membunuh diri, orang itu tidak beragama dan tidak beriman.

Kes seorang ustazah bunuh diri akibat tekanan diabai suami yang juga seorang ustaz

11. Orang yang Bunuh Diri Tidak Akan Kelihatan Tenang Sebelumnya
Fakta: Orang yang kelihatan bahagia dan sihat secara mental dapat menahan tekanan dan kemurungan, yang akhirnya boleh menyebabkan cubaan bunuh diri.

Perbualan terbuka antara satu sama lain dapat membantu mengesan tanda-tanda keinginan bunuh diri pada seseorang. Persekitaran yang tidak menghukum dan bebas dari persoalan peraturan akan membantu seseorang melepaskan diri dari jerat bunuh diri dengan lebih mudah.

 

Bunuh diri bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan. Puncanya selalunya disebabkan kemurungan yang tidak ditangani dengan baik.

Perasaan negatif yang disembunyikan dan tekanan secara berterusan, boleh menyebabkan seseorang membunuh diri tanpa menunjukkan gejala sebelumnya.

Penting bagi setiap orang untuk mengenali tanda-tanda yang boleh menjadi penyebab bunuh diri, seperti tekanan dan kemurungan yang berpanjangan. Apabila ini berlaku, orang tersebut harus segera mendapatkan pertolongan profesional, seperti psikologi atau psikiatri.

 

Sumber asal diolah bahasa : Klikdokter