Realtime website trackingweb stats

Anak Perdana Menteri pertama Singapura meninggal dunia

Oleh FATIN AQILAH

Anak perempuan Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, Dr. Lee Wei Ling,

Beliau telah meninggal dunia pada hari Rabu pada usia 69 tahun.

Dr. Lee merupakan adik kepada Menteri Kanan, Lee Hsien Loong.

Berita mengenai pemergiannya diumumkan oleh adik lelakinya, Lee Hsien Yang, melalui hantaran di Facebook.

Dalam hantaran tersebut, beliau menyatakan bahawa Dr. Lee meninggal dunia di rumah, namun tidak menyebutkan punca kematiannya.

Anak Perdana Menteri pertama Singapura meninggal dunia

“Tiada bunga, sila salurkan sumbangan kepada badan amal berikut yang akan bermakna untuk Wei Ling: Canossa Mission Singapore, Parkinson Society Singapore, Total Well-Being SG Limited,” tulisnya.

Pada tahun 2020, Dr. Lee mendedahkan bahawa beliau telah disahkan menghidap penyakit “progressive supranuclear palsy.”

Sebagai seorang pakar neurologi, Dr. Lee menggambarkan penyakitnya di Facebook sebagai “penyakit otak yang agak teruk, bermula dengan simptom seperti Parkinson” dan diikuti dengan “kesukaran menelan, radang paru-paru, dan kematian — bagi mereka yang bernasib baik.”

BACA: Nasi panas memang sedap tapi ramai tak tahu khasiat nasi sejuk