Realtime website trackingweb stats

Adam Corrie suka pesanan Imam Ghazali kalau jumpa 6 jenis orang ini

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 56, yang memeluk Islam pada 2007 mengaku suka dengan pesanan Imam Ghazali kalau jumpa 6 jenis orang.

Beliau yang mendapat petunjuk dalam mimpi ketika terjaga semasa azan Subuh berkumandang itu berkata, pesanan Imam Ghazali mengingatkan kita agar tidak menganggap diri lebih baik daripada orang lain.

Adam Corrie suka pesanan Imam Ghazali kalau jumpa 6 jenis orang ini

Ikuti tulisan Adam Corrie berkenaan pesanan Imam Ghazali yang meraih lebih 6,400 tanda ‘like’ setakat ini daripada pengguna Facebook:

Kita hidup dalam pelbagai bangsa dan agama.

Saya bersyukur Allah beri peluang saya kenal diri saya.

Mencari mengenali diri dan kembali kepada fitrah.

Ada yang bertanya “kenapa saya tak panggil je orang yang bukan setauhid dengan kita ‘Kafir’?”

Tiada larangan guna perkataan kafir.

Saya lebih suka tidak mengulas secara ilmiah kerana bukan bidang saya. Saya lebih suka memanggil mereka belum Islam/not yet Muslim.

Dengan mudah-mudahan Allah berikan taufik serta hidayah mereka yang masih mencari-cari kebenaran. Saya ada keluarga yang belum Islam.

Sebagai reverted, saya mahu keluarga saya masuk syurga sama-sama.

Saya suka pesanan Imam Ghazali iaitu:

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah S.W.T berbanding kita.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui berbanding kita.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah S.W.T dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni Allah

Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang

Baca:

Belum sehari disiarkan, Aliff Syukri ‘take down’ MV raya di semua platform, rupanya ini sebabnya

Berang genosid terus berlaku, perusuh di Pakistan bakar KFC

‘Jawablah di akhirat esok’ – Peniaga menangis selepas YB Kedah tergamak arah pesta jualan Raya ditutup