Realtime website trackingweb stats

Atlet dapat ‘perfect 10’ dalam memanah dengan hanya tarik guna kaki!

Oleh HADI KAMARUDIN

Atlet memanah paralimpik India, Sheetal Devi, mencuri perhatian dunia dengan prestasi cemerlangnya di Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024, lapor The Economic Times.

Dia mendapat perhatian apabila meraih 10 mata penuh dalam tiga panahan berturut-turut, membawanya ke kedudukan kedua.

Pada acara yang berlangsung pada Khamis, Sheetal mencatatkan rekod peribadi terbaiknya dengan 703 daripada 720 mata

Memecahkan rekod dunia yang sebelum ini adalah 698 mata. Namun, rekod tersebut kemudiannya dipecahkan oleh Öznur Cüre dari Turki dengan rekod 704 mata.

Sheetal memastikan tempat ke pusingan ke-16 selepas menduduki tempat kedua.

Atlet dapat 'perfect 10' dalam memanah dengan hanya tarik guna kaki!

Apa yang lebih menyentuh hati ialah pemanah tanpa lengan ini membuatkan dunia ‘lupa’ seketika mengenai kekurangan fizikalnya.

“Setiap kemenangan memberi inspirasi kepada saya untuk melakukan lebih baik. Saya tidak sangka akan berada di pentas ini beberapa tahun lalu. Sekarang keadaan berbeza.

Saya di sini untuk membanggakan negara saya dan memenangi pingat. Saya akan lakukan yang terbaik,” katanya selepas mengesahkan kelayakan.

Walaupun tewas kepada pesaing dari Chile, Zuniga Mariana, di peringkat 16 terbaik, persembahannya tetap berjaya menarik perhatian ramai.

“Dia baru berusia 17 tahun dan menduduki tempat No. 1 dalam kategorinya. Dia melepaskan anak panah dengan menggunakan alat bantuan khas. Sungguh menginspirasikan dunia,” kata salah seorang ahli Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Ini bukan kali pertama Sheetal menarik perhatian media antarabangsa. Pada Para Asia di Hangzhou, China tahun lalu, dia muncul di muka depan akhbar sukan tempatan, Asiad Daily.

Sementara itu, atlet memanah lelaki Amerika Syarikat, Eric Bennett, juga menarik perhatian kerana hanya menggunakan mulutnya untuk memanah.

Di pusingan penyingkiran pertama acara memanah recurve individu, beliau berjaya menewaskan pesaingnya, Taymon Kenton-Smith dari Australia.

Yang lebih menakjubkan, beliau hampir memperoleh “Perfect 10” semasa menewaskan pesaingnya itu.

Persembahan konsisten yang ditunjukkannya membolehkannya mara ke pusingan seterusnya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

BAA: Hotel Concorde KL bakal dirobohkan, nilai pasarannya ‘pecah kepala’