Realtime website trackingweb stats

Kenapa kereta gelap serap lebih banyak haba berbanding warna cerah ini penjelasannya

Oleh NUR KASIH

Warna luaran kerap juga menjadi faktor pemilihan pembeli kenderaan di Malaysia, selain reka bentuk, teknologi dan jenamanya.

Pemilihan warna badan kenderaan biasanya bergantung kepada selera masing-masing, mengikut pertimbangan sendiri juga.

Warna yang selamat, warna terang, yang tidak terlalu menarik perhatian dan macam-macam lagi — semuanya ada tersedia.

Namun, untuk iklim panas seperti di Malaysia ini, warna mana yang lebih sesuai sebenarnya?

Tambahan jika kereta itu diparkir di bawah terik matahari, yang menjadikannya seperti “ketuhar” jika dibiarkan cukup lama.

Kenapa kereta gelap serap lebih banyak haba berbanding warna cerah ini penjelasannya

Jadi, tahap kepanasan dalam kabin ini, adakah ia bergantung kepada warna badan kenderaan? Benarkah ada warna yang menyerap lebih banyak haba berbanding yang lain?

Semuanya bergantung kepada cara warna terbabit memantulkan atau menyerap gelombang cahaya ketika ia terdedah, dengan tenaga berkenaan yang bertukar menjadi haba.

Anda mungkin perasan tentang hal ini melalui baju yang dipakai — hitam akan membuatkan kita rasa lebih panas, sementara putih pula lebih sejuk.

Ini kerana warna gelap seperti hitam itu menyerap semua gelombang cahaya yang ada, sementara warna cerah pula memantulkannya.

Prinsip yang sama juga adalah terpakai untuk semua, begitu juga dengan logam. Sebagai konduktor haba yang baik, permukaan kenderaan akan mengekalkan haba dengan lebih berkesan berbanding kain misalnya.

Dengan kaca serta material dalam kabin — dan warnanya — akan memainkan peranan untuk mempengaruhi suhu di dalam, kesan thermal dari radiasi permukaan luaran juga turut memberi kesan sekiranya lama terdedah di bawah matahari.

Kami melakukan ujian terhadap perkara ini dengan menggunakan Perodua Myvi dengan warna yang berbeza (kelabu gelap, putih dan merah) dan mengukur tahap kepanasannya (menggunakan thermometer industri yang mudah alih) untuk meninjau sepanas mana ia boleh jadi — di dalam dan juga di luar — sekiranya kereta diletakkan di bawah terik matahari dalam satu tempoh waktu yang sama. Semua kereta ini tidak menggunakan filem penapis haba untuk tingkapnya, dengan bacaan diambil di beberapa kawasan di dalam dan juga di luar.

Ketika diletakkan di bawah khemah, kedua-dua contoh kelabu gelap dan putih itu memberikan bacaan permukaan luaran sebanyak 38.1°C, sementara Myvi merah sedikit lebih panas dengan 39°C. Di dalam, Myvi kelabu gelap mencatatkan bacaan 34.2°C, sementara Myvi merah memberikan 33.7°C, dan yang putih menjadi laing rendah dengan suhu 33.1°C.

Kemudian, semua kereta di alih dan diletakkan di bawah matahari secara langsung selama sejam

. Suhu permukaan luaran Myvi kelabu gelap memberikan bacaan lebih daripada sekali ganda menjadi 74.9°C, iaitu 18.5°C lebih tinggi berbanding bacaan 56.4°C untuk Myvi putih. Myvi merah pula memberi bacaan 67.3°C.

Di dalam pula, perbezaannya tidak terlalu besar: bacaan Myvi putih ialah 46°C, hampir empat darjah kurang daripada Myvi kelabu gelap dengan 49.8°C.

Dengan menghidupkan pendingin ke tahap maksimum untuk tempoh 15 minit selepas itu telah menurunkan suhu dalam kabin, yang mana kereta merah dan putih mencatatkan 35.9°C, sementara yang kelabu gelap menjadi 39.1°C. bacaan di luar pula lebih rendah hampir empat hingga lima darjah.

Jadi, seperti yang dapat dilihat melalui angka bacaan ini, kereta warna gelap akan menyerab lebih banyak haba.

BACA: Bos Mydin pakai baju batik RM20 jenama sendiri raih perhatian netizen