Realtime website trackingweb stats

8 cara elak kereta anda jadi bahan umpatan di Hari Raya, nombor 6 tu perokok elok sangat buat

Oleh ADINDA

Mesti dalam sibuk berkonvoi Hari Raya ke rumah saudara-mara dan sahabat taulan, akan ada orang perlu atau ingin menumpang kereta anda.

Jadi, pastikan anda dan kenderaan yang dimiliki tidak menjadi bahan umpatan di Aidilfitri gara-gara berbau busuk dan hapak.

Apa kata amalkan mana-mana daripada 8 cara berikut ini untuk memastikan udara dalam kereta anda tidak menyesakkan hidung orang lain.

8 cara elak kereta anda jadi bahan umpatan di Hari Raya, nombor 6 tu perokok elok sangat buat

Bahan-bahan yang murah dan hanya ada di dapur dan peti ais anda ini dapat menjamin anda meraih pujian daripada mereka yang menumpang kereta anda lantaran semerbak mewangi seharum semangat Aidilfitri:

1. Kulit buah-buahan sitrus

Kulit limau, oren dan lemon sebenarnya pewangi semulajadi yang berkesan untuk kereta anda malah tidak mengeluarkan kos tinggi.

Hirisan kulit buah-buahan sitrus ini boleh diletak dalam bekas dan tinggalkan dalam kereta anda.

Segala bau busuk lenyap. Keluarga tersayang yang menaiki kereta anda pasti lebih menghargai anda. Rakan anda juga tentu tidak lagi trauma untuk diajak menumpang kereta anda.

2. Kulit kayu manis

Kulit kayu manis bukan saja bermanfaat dalam memerangi penyakit diabetes, jantung mahupun kanser.

Malah, rempah ratus yang masyhur dalam masakan di seluruh dunia ini boleh juga diguna untuk menutup aib anda gara-gara kereta yang berbau.

Rebus saja beberapa batang kulit kayu manis. Tuang air rebusan tadi ke dalam cawan. Letakkan cawan itu dalam kereta anda. Nah, kereta anda akan semerbak baunya selepas beberapa jam.

3. Serbuk kopi

Kopi memang diketahui memberikan aroma istimewa. Tidak hairanlah ada yang ketagih minum kopi. Jika kereta anda berbau hapak, cuba manfaatkan serbuk kopi.

Letakkan serbuk kopi dalam bekas terbuka dan biarkan semalaman di kereta anda dengan tingkap tertutup.

Pastinya, esok pagi anda memandu ke tempat kerja dengan lebih segar dan bersemangat. Anak yang dihantar ke sekolah pun pasti memuji kereta anda tidak lagi berbau busuk.

4. Arang

Ada pemilik kereta yang mungkin lebih selesa jika menarik nafas yang bebas tanpa bau yang menyengat harumnya.

Apa kata dapatkan arang untuk bau dalaman kereta anda yang lebih neutral. Isi arang dalam kain kapas.

Letakkan dalam kereta anda. Bukan sahaja bau yang tidak menyenangkan ‘ditelan’ dan bertahan lama, malah mampu membunuh bakteria punca penyakit.

5. Suratkhabar lama

Tanpa perlu mengeluarkan kos tinggi, gumpal saja suratkhabar lama di rumah anda. Bebola akhbar lama ini mampu jadi ejen penyerap bau yang efektif.

Hanya mungkin dalam zaman gajet sekarang, tidak banyak lagi rumah ada longgokan akhbar lama yang boleh dimanfaat untuk menghilangkan bau busuk dari kereta anda.

Sebaliknya jika ada, boleh diguna sebagai satu bentuk kitar semula.

6. Kain pengelap

Suka atau tidak, elok ambil kain dan lap permukaan cermin dan kerusi kereta anda. Bau tidak menyenangkan bahkan asap rokok yang meresap tentu dapat dilupuskan.

7. Pembersih hampagas

Kenalah rajin jika mahu kereta anda harum atau sekurang-kurangnya tidak berbau hingga berkerut dahi dibuatnya.

Ambil pembersih hampagas dan bersihkan kereta atau jika masih malas lagi, hantar saja kereta anda ke pusat cucian kereta.

8. Pewangi

Ramai yang memilih cara mudah dengan menggantungkan pewangi di kereta. Ya, langkah praktikal ketika kita seharian dihambat kekangan masa.

Tapi ingat! Jangan sama sekali sangkut minyak wangi kereta pada radio. Bahan kimia pewangi itu boleh mengganggu litar elektronik.

Baca:

Membesar dengan kompleks PKNS & SACC Mall, warga Shah Alam sedih ia bakal dirobohkan

Isu anak jadi penyondol, Norman Hakim minta Abby Abadi henti ulas isu Marissa Dania kepada umum

Jom cuba DIY pewangi rumah guna 3 bahan ini, badan letih pun boleh jadi segar