Realtime website trackingweb stats

4 sebab kenapa tidak digalakkan hidup menyewa terlalu lama, no 2 sangat penting

Oleh NUR KASIH

Untuk sesiapa yang tidak mampu adalah tidak salah untuk menyewa sementara menunggu peluang untuk memiliki rumah sendiri.

Walau bagaimanapun, jangan terlalu lama untuk terus menyewa.

Ini penting disebabkan:

1. Kadar sewaan semakin meningkat

Nilai rumah semakin meningkat.

Dengan adanya kemudahan yang disediakan di kawasan perumahan, ini akan mendorong nilai rumah itu untuk naik lagi.

Jadi, sebagai pemilik rumah, ini adalah peluang untuk menaikkan harga sewa terutama jika permintaan untuk menyewa rumah itu tinggi.

Jika kamu menyewa rumah untuk lebih daripada 5 tahun, pemilik mungkin akan menaikkan harga sewa.

Ada juga pemilik yang akan menaikkan harga sewa setiap kali kontrak diperbaharui.

Jika anda tidak bersetuju dengan peningkatan harga sewa, anda mungkin perlu mencari rumah sewa yang lain.

Adakah anda sanggup untuk terus berpindah-pindah setiap kali harga sewa dinaikkan oleh pemilik rumah?

Selain itu, tidak ada jaminan bahawa harga sewa akan tetap sama pada masa depan.

Boleh jadi ramai pemilik rumah juga akan menaikkan harga sewa mereka.

Jika pun harga sewa masih sama, kemungkinan rumah yang disewa akan berbeza dari yang sebelumnya.

2. Bukan hak milik

Selain daripada nilai hartanah yang sentiasa meningkat, pasti anda bermimpi memiliki rumah yang boleh direka semula atau diubahsuai mengikut selera sendiri.

Tetapi, kebiasaannya pemilik mempunyai syarat-syarat tertentu dalam menyewa dan anda perlu bersetuju dengannya.

Yang pasti, tidak dibenarkan melakukan sebarang pembinaan tanpa kebenaran.

Ada juga yang berpendapat “sewa rumah, apa gunanya, semua kerugian”. Benar tak?

Ini menghalang anda daripada menjadikan “rumah impian” menjadi kenyataan.

Jika anda memiliki rumah sendiri, apa jua yang anda inginkan adalah hak anda.

3. Aset jangka masa panjang

Membeli sebuah rumah akan membawa anda ke dalam jangka masa yang panjang dalam menanggung hutang.

Namun, perlu diingat, memiliki sebuah rumah adalah seperti memiliki sebuah harta yang akan berkembang nilainya dari tahun ke tahun.

Mengapa anda perlu memikirkan untuk berhutang dalam membeli sebuah rumah?

Jika di masa depan, anda ingin berpindah ke tempat lain dan tidak berniat untuk menyewakan rumah tersebut, anda boleh menjualnya dan menggunakan hasilnya untuk membeli harta baru di tempat yang lebih sesuai dengan keperluan anda.

4. Tawaran menarik kerajaan dan pemaju

Banyak usaha telah dilakukan oleh kerajaan dengan bantuan pemaju untuk membantu anda.

Contohnya, program rumah pertama, kemudahan bayaran mudah pinjaman, dan lain-lain lagi.

Ini dilakukan untuk memberi peluang kepada anda yang masih belum memiliki rumah sendiri agar anda boleh memiliki tanpa merasa tertekan.

Jangan lupa untuk manfaatkan peluang ini!

Baca:

Selepas serangan jantung, sakit tulang belakang pula – Ini keadaan terbaharu Menteri Ekonomi

Nampak tenggelam timbul, isteri sedih tidak dapat selamatkan suami dihanyut ombak

Dibawa ombak sejauh 16KM, jasad mangsa lemas ditemui selepas 30 jam pencarian