Setiap wanita yang berkahwin pastinya mempunyai impian untuk menjadi ibu, malah pelbagai ikhtiar dilakukan untuk ada cahaya mata sendiri.
Buat seorang wanita di Scotland, Helen Dalglish akhirnya bergelar ibu pada usia 53 tahun selepas 25 tahun cuba untuk mendapatkan cahaya mata.
Menurut Daily Star, dia telah menjalani kaedah persenyawaan in vitro sebanyak 21 kali
yang menelan kos sekitar AS$124,500 (RM569,898) tetapi tidak berjaya untuk mengandung.
Usaha Helen akhirnya membuahkan hasil selepas dia hamil anak perempuannya, Daisy Grace.
ibu
Menurutnya, dia telah mencuba untuk mendapatkan anak sejak usia 20-an namun tidak berjaya, malah Helen mengaku sudah hilang harapan selepas bertahun mencuba.
“Apabila anda mendapat keajaiban kecil ini, anda lupa tentang penat jerih selama 25 tahun.
“Saya melihat ke bawah, dan benjolan itu (perutnya ketika hamil) semakin membesar dan saya berfikir, adakah saya bermimpi,” katanya kepada akhbar Daily Record.
Helen juga pernah tiga kali keguguran sehinggakan dia pasrah jika tidak ditakdirkan menjadi ibu namun akhirnya permintaan itu ditunai pada September 2022.
Baca juga: Terjunan macam atlet Olimpik, ini biodata atlet Sarawak terjun macam jarum dalam air!