Realtime website trackingweb stats

2 resipi agar-agar mudah tapi rasa ‘mewah’, lagi sedap dari yang dijual di bazar Ramadan

Oleh ADINDA

Pencuci mulut seperti agar-agar tentunya ramai dicari semasa berbuka puasa.

Namun, mengapa perlu selalu sangat keluar duit beli agar-agar di bazar Ramadan?

Padahal, cara buat agar-agar ini mudah saja.

2 resipi agar-agar mudah tapi rasa 'mewah', lagi sedap dari yang dijual di bazar Ramadan

Hanya perlukan sedikit kesabaran untuk menantikan hasilnya. Maklumlah bulan puasa.

Ini 2 resipi agar-agar yang mudah disediakan dengan rasa ‘mewah’ dan lagi enak dari yang dijual di bazar Ramadan.

Selamat mencuba!

AGAR-AGAR MILO LAPIS OREO

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus agar2 / 10gm serbuk agar agar
  • 750ml air
  • 160gm gula
  • 1 tin ( 400gm) susu cair
  • 3/4 cawan serbuk milo
  • 1 bungkus (137gm) biskut oreo – patahkan tapi biar 2 lapis

Cara menyediakan:

1- Masak agar agar dan air hingga larut.

2- Masuk gula dan masak hingga gula larut.

3- Masuk pula susu cair dan kacau hingga mendidih.

4- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan milo, kacau hingga sebati.

5- Tuang 1 cawan campuran miloke dalam acuan, panaskan campuran milo yang setengah lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.

6- Bila permukaan dah keras sedikit, tuang semua adunan putih tadi , tabur biskut oreo dan biarkan keras.

7- Tuang baki adunan milo dan biar membeku di suhu bilik sebelum masuk dalam peti sejuk.

AGAR-AGAR BUAH NAGA

2 resipi agar-agar mudah tapi rasa 'mewah', lagi sedap dari yang dijual di bazar Ramadan

Bahan-bahan:

  • 800ml air
  • 10g serbuk agar-agar
  • 100ml air tambahan
  • ¾ cawan isi buah naga merah, dilenyekkan
  • 1 sudu besar jus limau
  • 250g gula perang

Cara menyediakan:

1. Lenyekkan isi buah naga dan biarkan. Anda juga boleh menggunakan mesin pengisar elektrik.

2. Campurkan gula perang dengan 800ml air di dalam periuk dan biarkan mendidih.

3. Campurkan serbuk agar-agar dengan 100ml air dan tuang ke dalam sirap mendidih. Biarkan mendidih selama 1 minit lagi, sambil mengacau.

4. Campurkan isi buah naga, jus limau dan gula tambahan jika perlu.

5. Tuangkan campuran ke dalam acuan, biarkan menyejuk dan letakkan ke dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dihidang.

Baca:

Senyap-senyap kahwin lain antara sebab individu tidak mahu daftar PADU

Malaysia masih sanjung rumput lembu, TMJ tegur pihak berwajib

Lelaki maut, kereta rempuh treler