Realtime website trackingweb stats

Zus ‘goyang’ lepas ditegur netizen, umum pendirian sokong Palestin & tentang genosid

Oleh NURAIMAN

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin dan menyokong pembebasan negara tersebut.

Nama ZUS Coffee sejak kebelakangan ini semakin hangat diperkatakan selepas timbul isu yang tular melibatkan jenama tersebut.

Dalam satu kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh mereka di laman X (@ZUSCoffee), syarikat minuman tempatan itu mengakui kekhilafan mereka dalam menyatakan pendirian melibatkan isu genosid yang sedang berlaku di Palestin.

ZUS Coffee menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin dan menyokong pembebasan negara tersebut.

“ZUS Coffee berdiri teguh menentang pembunuhan beramai-ramai, menyokong perjuangan untuk kebebasan Palestin. Selaras dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama, kami menegaskan kembali komitmen terhadap prinsip-prinsip ini.”

Zus 'goyang' lepas ditegur netizen, umum pendirian sokong Palestin & tentang genosid

Dalam pada itu, ZUS Coffee juga akan memastikan supaya lebih berhati-hati dalam membuat setiap keputusan bagi menzahirkan nilai-nilai mereka sebagai jenama kopi tempatan.

“Kami berjanji untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan di masa hadapan, memastikan ia sentiasa mencerminkan nilai-nilai kami sebagai jenama tempatan Malaysia.”

Mengakhiri kenyataan tersebut, ZUS Coffee mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas kesabaran mereka dan sokongan yang diberikan untuk membolehkan syarikat ini terus berkembang maju.

Netizen Memberikan Respon Positif Terhadap Kenyataan ZUS Coffee

Kenyataan yang baru dikeluarkan oleh ZUS Coffee pada pagi hari ini (17 Mei) telah menerima banyak respon positif dari netizen di media sosial setelah ramai pelanggan meluahkan rasa kecewa dengan pendirian syarikat tersebut sebelum ini berkenaan dengan Palestin.

Netizen juga memberikan pujian dan ucapan terima kasih kepada pihak jenama itu kerana bertindak cepat dalam membetulkan kesilapan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

“Mudah sahaja, terima kasih banyak-banyak. Ya betul, itu adalah genosid, bukan perang, bukan konflik,” ujar netizen.

Terdapat juga permintaan agar kesilapan serupa tidak berulang lagi daripada ZUS Coffee.

Netizen Hampir Mahu Boycott ZUS Coffee

Pada awalnya, ZUS Coffee yang mengadakan aktiviti pertandingan hadiah (giveaway) kasut Gazelle oleh Adidas di laman media sosial mereka telah mendapat reaksi kurang senang dari orang ramai.

Ini kerana jenama sukan terkenal tersebut dipercayai terlibat dalam memberikan sumbangan kepada Israel dalam isu genosida yang sedang berlaku di Palestin.

Sebagai respon, syarikat terbabit kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mengaitkan diri dengan peperangan dan menolak tindakan kekerasan terhadap kemanusiaan.

“ZUS Coffee tidak akan dengan sengaja mengaitkan diri kami dengan peperangan dan dengan tegas menolak sebarang tindakan kekerasan terhadap kemanusiaan,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Perkara ini dilihat oleh netizen sebagai tidak menyokong sebarang pihak dalam peperangan tersebut, termasuk Palestin.

Baca:

Di mana Rafah dan kenapa rejim Zionis sasar kubu terakhir perlindungan rakyat Palestin?

“Kenapa nak persoal orang taknak tolong?” – Ramai ‘kepanasan’ isu #Blockout2024, kini Aqasha pula bersuara

‘Ada-ada sahaja negara jiran kita, benda ni pun nak salahkan Malaysia, tak boleh ke bersaing secara sihat?’