Baru-baru ini selepas keputusan SPM diumumkan, ramai kata tak mahu sambung belajar selepas SPM sebab nak jadi influencer di medsos. Apabila tak mahu sambung belajar, kita risau konten-konten yang tak senonoh dan kontroversi seperti Youtuber ini pula yang dihidangkan kepada masyarakat nanti.
Difahamkan ada yang sudah menegur YouTuber dengan pengikut sebanyak 2 juta itu namun dia bersama ahli kumpulannya tetap berdegil dan mencipta kandungan yang sama.
Di zaman ini, orang ramai tanpa mengira usia lebih menghabiskan masa menonton filem, drama atau apa sahaja video melalui aplikasi-aplikasi di dalam telefon pintar berbanding di kaca televisyen.
Antara aplikasi yang paling menjadi tontonan ramai adalah YouTube. Jadi tidak hairanlah ia juga dijadikan sumber pendapatan oleh segelintir pencipta kandungan.
Namun, tidak dinafikan ada sebahagian konten yang berada di YouTube telah memberikan pengaruh yang tidak baik kepada penonton terutamanya generasi muda.
Saluran YouTube cipta kandungan tanpa jaga ikhtilat
Seperti baru-baru ini, orang ramai dilihat mula membahas sebuah saluran YouTube yang didakwa mencipta kandungan tanpa menjaga ikhtilat di antara lelaki dengan perempuan.
Tidak hanya itu, konten yang dibuat YouTuber terbabit bersama ahli kumpulannya yang terdiri daripada sekumpulan anak muda lelaki dan wanita juga dikatakan banyak berkisar mengenai hubungan percintaan membabitkan golongan remaja hingga dikhuatiri mampu memberi pengaruh tidak sihat kepada generasi muda.
YouTuber sudah ditegur tetap berdegil dan buat konten yang sama
Menerusi satu ciapan di laman Twitter akaun @ConfessionLocal, difahamkan orang ramai sudah menegur YouTuber terbabit namun dia bersama ahli kumpulannya dilihat tidak mengendahkannya dan tetap melakukan konten yang sama.
“Anak-anak kita, adik-adik kita mungkin selalu tonton channel Am nie. Ramai anak muda minat mereka ini. Hati-hati!
“Dikhabarkan mereka hasilkan video dalam sebuah rumah, tak kira siang atau malam, juga sampai ke kolam renang.
“Lelaki dan perempuan bercampur, tiada pantauan orang tua. Lepak seperti duduk sebuah rumah dengan alasan kerja dan rumah itu sebagai office. Ibarat pergi travel bersama, bilik asing,” ciapnya.
Malah mereka turut didakwa memainkan isu agama apabila pernah tular membuat konten ‘prank’ pasangan ditangkap basah, prank perempuan hamil serta lelaki menilai pakaian wanita berjubah dan berpurdah.
Apa yang lebih membimbangkan, YouTuber ini mempunyai jumlah mencecah 2 juta lebih orang di laman YouTube yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak serta remaja sekolah.
Anak-anak kita, adik-adik kita mungkin selalu tonton chanel Am nie. Ramai anak muda minat mereka nie.
Hati-hati.
Dikhabarkan mereka hasilkan content/video dalam sebuah rumah, tak kira siang atau malam, juga sampai ke kolam renang . Laki dan perempuan bercampur, tiada pantauan… pic.twitter.com/W2CNvvwOit
— Local Confessions (@ConfessionLocal) June 10, 2023
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut bersetuju agar orang ramai membuat laporan untuk menyekat saluran YouTube tersebut.
Tidak hanya itu, mereka juga berharap agar pihak berwajib segera mengambil tindakan terhadap geng YouTuber terbabit kerana mendakwa mampu menyebabkan generasi muda terjerumus ke arah kemaksiatan.
Buat je report kat pejabat agama berdekatan. Bila ada report, insyallah dorang akan ambush. Budak macam ni takpayah cakap panjang lebar. Sbb acah acah yolo kan. Dia taktau mati sok pon sekali tu je lah bukan boleh repeat repeat.
— Ira I. (@iniszaura) June 10, 2023
Yamg tengok dia ni mostly budak , bole la stop tengok natang ni , pengajaran apa yang dapat pon tak tau , baik tengok ML Studio ka , Ajar ka , Hasbullah Syarah tu ka ataupun yang lain – lain ka atleast dapat ilmu sedikit sebanyak
— Ipang (@ipangneedrest) June 10, 2023
Ramai dah mula block saluran YouTube terbabit
Done report pic.twitter.com/mpCkvGH27q
— finezaple (@finezaple) June 10, 2023