Realtime website trackingweb stats

Yong tau foo rupanya ada babi, Abang Ricky dedah makanan yang kita ingatkan halal tetapi tidak

Oleh ARIF ABDULLAH

Awas bagi penggemar yong tau foo, rupanya ada yang dicampur dengan daging babi. Itu didedahkan seorang lelaki berketurunan Cina yang menggunakan gelaran Abang Ricky.

Dalam segmen ‘makanan yang korang ingat halal tetapi…’, dia memberitahu yong tau foo adalah tidak halal jika dibuat oleh orang Cina.

“Sebabnya, daging yang digunakan untuk yong tau foo adalah menggunakan daging babi atau pun guna minyak babi.

“Itu sebab biasanya yong tau foo adalah tak halal kalau anda makan di kedai makan orang Cina.

“Biasanya daging ikan, kambing, lembu atau daging babi dimasukkan dalam terung, peria, cili, lady finger, dumpling.

“Inilah yang kita namakan sebagai yong tau foo,” katanya lagi.

Sehubungan itu,Abang Ricky menasihatkan masyarakat beragama Islam supaya tidak mengambil mudah status halal produk makanan.

Semakan status halal boleh dibuat terlebih dahulu dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan tiada sumber haram berasaskan babi terkandung di dalam bahan makanan.

“Kena pastikan tempat makan itu ada sijil pengesahan halal daripada JAKIM,” katanya lagi.

Untuk rekod, semakan bagi mengetahui status produk, premis makanan dan perkhidmatan boleh dilakukan menerusi Direktori Halal Malaysia oleh JAKIM.

Baca:

Mayat Erra Fazira tak dapat dihantar pulang, Sukarno pula merana di Malaysia

Alamak! Popiah ‘viral’ ramai Muslim serbu ini taukenya dah mengaku bubuh serbuk babi

‘Orang ketiga lebih memeningkan kepala’ – Aeril jamin takkan buat hal, Wawa pula kongsi tips ‘lampu merah’