Realtime website trackingweb stats

‘Ye ke pekak atau orang kurang otak?’ – Takkan tak tengok cermin belakang sekali-sekala

Oleh AHMAD ISMAIL

Orang ramai mengecam teruk termasuk melabel orang kurang otak kepada pemandu Perodua Kembara di Sarawak yang menghalang sebuah ambulans dalam kecemasan.

Hal ini memandangkan keengganannya memberi laluan kepada ambulans terbabit menyebabkan kematian pesakit yang memerlukan rawatan segera di Hospital Sri Aman II.

“Ye ke pekak atau orang kurang otak yang terlepas,” kata seorang netizen.

'Ye ke pekak atau orang kurang otak?' - Takkan tak tengok cermin belakang sekali-sekala

Pesakit berusia 41 tahun dari Nyakai, dipercayai menghembuskan nafas terakhir di dalam ambulans itu selepas mengalami serangan angin ahmar di rumahnya pada awal pagi 5 Januari lalu.

Meskipun, polis telah mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemandu Perodua Kembara itu, warganet tetap berang terhadap individu itu.

“Anak pemandu (Perodua Kembara) sudah tampil menjelaskan bahawa bapanya mengalami masalah pendengaran kronik.

“Persoalannya, jika benar mengalami masalah pendengaran kronik, mengapa biarkan bapanya terus memandu?” kata salah seorang rakan mendiang yang hanya dikenali sebagai Tam, lapor Berita Harian.

Seorang lagi rakan mendiang iaitu Victoria tidak percaya masalah pendengaran kronik menyebabkan pemandu Perodua Kembara itu tidak memberi laluan terhadap ambulans berkenaan.

Tegasnya, ambulans melalui video terbabit dilihat menghidupkan lampu kecemasan dan mustahil bagi pemandu berkenaan tidak menyedarinya ketika berada di laluan hadapan.

“Kalau benar ‘tuli’ (pekak), mengapa sampai lampu kecemasan ambulans itu pun dia tidak sedar melalui cermin sisi kereta sendiri?

“Sebab itulah, bagi saya, ‘tuli’ bukanlah alasan sebenar dia gagal memberi laluan kepada ambulans berkenaan pada saat kecemasan itu,” katanya lagi.

Ambulans itu dipercayai terhalang oleh Perodua Kembara bermula dari kawasan Sabu dari arah Temudok sehingga ke rumah pam air di persimpangan Jalan Hollis dekat Bandar Simanggang.

Ketika berlaku kejadian, dua kakitangan perubatan sedang memberikan bantuan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) kepada mendiang di dalam ambulans berkenaan sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Baca:

‘Duit boleh dicari tapi cinta yang ikhlas payah’ – Rupanya ini sebab Fafau menangis

Biar nampak tak hipster tapi terbukti sedap dan segar, cubalah buat sendiri jus timun campur selasih

Cuka dan baking soda antara bahan mudah bantu bersihkan dapur hitam