Realtime website trackingweb stats

“Yang kau pergi ‘sembah’ pelaburan di Telegram tu kenapa?” – Arash Mohammad

Oleh AHMAD ISMAIL

‘JANGAN libatkan diri langsung dengan sebarang iklan atau grup pelaburan di Telegram. Jika mahu melabur pergilah ke bank’.

Arash Mohamad memberitahu tentang sindiket peningkatan penipuan di media sosial.

Menurut Arash, 54 tahun, kita perlu berhati-hati semasa membuat transaksi atau berkomunikasi dalam talian dengan orang yang tidak kita kenali.

Berkongsi pengalaman, Arash memberitahu bahawa dia sekarang lebih berhati-hati dalam berurusan atau menerima tawaran sebagai duta selepas ‘dipergunakan’ oleh sebuah syarikat sebelum ini.

Dia berkata, dia tidak ditipu tetapi ada orang yang menggunakan namanya sebagai duta untuk melakukan perniagaan yang bertentangan dengan prinsip yang dipegangnya.

“Selama ini ramai yang sudah memaklumkam mengenai sikap dan perangai individu terbabit namun ketika itu saya rasa dia sangat baik dan enggan menghiraukan kata-kata orang.

“Selepas lima tahun menjadi duta syarikat itu, mereka melakukan sesuatu yang tidak mahu saya jelaskan secara terperinci, cukuplah jika anda tahu itu bertentangan dengan prinsip saya,” katanya memetik Kosmo pada Khamis.

Namun, dia mengakui tidak merasa marah mahupun dendam kerana ramai mengatakan syarikat tersebut telah mendapat balasan yang setimpal.

“Saya tidak berdendam sebab sepanjang berurusan dengan mereka, saya dapat menumpang rezeki.

“Saya hanya anggap saya dipergunakan sahaja dan mereka pun sudah mendapat kifarah daripada perbuatan mereka.

“Allah tak beri balasan cepat terus ke muka, tapi Dia beri perlahan-lahan agar kita ada masa untuk sedar,” ujarnya.

Arash kemudiannya memberi nasihat kepada rakan selebriti agar berhati-hati ketika memilih untuk menjadi duta.

“Ramai yang mahu mengambil kesempatan terhadap penggiat seni dan pesan saya, jika ada tawaran semaklah betul-betul kerana kadangkala mereka hanya tahu berjanji namun lain pula hasilnya.

“Contohnya ada yang kata nak guna wajah kita untuk kempen dua minggu tapi mereka guna sehingga setahun, tetapi bayaran tetap dengan harga dua minggu itu,” pesannya.

Baca:

Ini ranking negara paling banyak guna motosikal, Malaysia jatuh nombor tiga

‘Kan senang kalau semua pemandu berfikiran luar kotak macam lelaki ini, confirm jalan tak sesak dah’

‘Patutla asyik dia lepas tu dia je yang dapat tender kerajaan, rupanya ini taktik licik dia guna’