Wanita mana cuba sondol Fatah Amin, ini amaran daripada Fazura. Pelakon dan usahawan, Fazura mendedahkan ada pelakon wanita cuba mendekati suaminya, Fattah Amin ketika dia sedang hamil anak sulung.
Menerusi temu bual bersama Hlive, Fazura berkata dia bukan seorang yang cemburu. Malah, Fazura berkata dia percayakan suaminya.
“Faz seorang yang tak jeles. Saya percaya suami saya dan Alhamdulillah Fattah suami yang baik. Memang ada insiden sebelum ini juga yang mencuba-cuba tapi Faz tak tanya Fattah. Cuma orang yang akan sampaikan dekat Faz.
“Macam orang produksi dia akan sampaikan. Tapi memang tak pernah ada discussion dengan Fattah pun sebab I trust my husband. Nak buat macam mana husband kita helok,” katanya.
Lebih mengejutkan, Fazura berkata pelakon wanita itu beranni mendekati suaminya dan perkara itu disaksikan oleh ahli keluarganya.
“Ada satu insiden sampai dekat premier filem pun. Faz ingat lagi masa tu saya pregnant, kat rumah. Memang Faz tak pergi sebab masa tu zaman Covid so risaulah nak keluar.
“Ada satu insiden pelakon ni sampai dekat premier pun dia boleh nak dekat dan sebagainya. Benda itu disaksikan oleh family Faz juga tapi I’m cool. Faz rasa kalau apa pun saya takkan serang suami saya ke apa sebab end of the day it takes two to tango,” katanya.