Realtime website trackingweb stats

Wanita kecewa akaun bank tersekat selepas akaun bank masuk RM404 juta

Oleh ARIF ABDULLAH

Pelik tetapi benar, itulah pengalaman unik yang dilalui oleh seorang pelanggan Maybank apabila mendapati akaun simpanannya mempunyai lebih RM400 juta.

Pengarah dan Pengasas Bersama Forum HR Malaysia, Hafidzah Abdullah, berkata beliau segera menyedari bahawa dia tidak mungkin menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Namun, katanya, kesilapan teknikal itu bukan sahaja tidak memudahkan hidupnya, tetapi sebaliknya menyusahkan.

Beliau menambah bahawa kejadian tersebut tidak dijangka dan memerlukan masa yang agak lama untuk mendapatkan semula akses ke akaun banknya.

“Saya menghargai kejadian ini dan menganggap ia sebagai pengalaman perbankan yang sukar dilupakan, tetapi saya rasa masalah ini akan menjadi lebih rumit jika tidak diselesaikan segera.

Wanita kecewa akaun bank tersekat selepas akaun bank masuk RM404 juta

“Mesti ada yang fikir saya menang loteri? Itu tidak benar. Ia adalah gangguan sistem,” katanya dalam perkongsian di LinkedIn.

Menurut Hafidzah, kejadian ini menyebabkan pihak Maybank menyekat akaunnya tanpa sebarang makluman atau pemberitahuan melalui cara lain.

Hafidzah menjelaskan bahawa dia terpaksa pergi ke cawangan Maybank terdekat untuk mengaktifkan semula akaunnya.

“Mereka (pihak bank) kata wang tidak boleh membeli kebahagiaan, tetapi Maybank tahu bagaimana untuk membeli kekecewaan,” katanya.

“Saya terpaksa menghadapi gangguan perbankan selama tiga hari ketika tempoh pembayaran gaji dan saya anggap perkara ini bukanlah situasi yang kelakar.

“Akaun peribadi saya disekat, akaun syarikat tidak boleh digunakan dan memeriksa akaun bank (Maybank) telah menjadi rutin harian saya,” katanya.

Naib Presiden Eksekutif Maybank, Shaikh Munir Ahmad, dalam ruang komen di LinkedIn Hafidzah, meminta Hafidzah untuk menghubungi pihaknya supaya pihak bank dapat mengambil tindakan susulan berhubung kejadian tersebut.

“Sudah tentu perkara ini akan diperiksa dan diselesaikan untuk anda (Hafidzah Abdullah),” katanya.

Difahamkan bahawa pihak Maybank telah menyelesaikan isu ini dan mengesahkan bahawa tiada data pelanggan yang terjejas.

BACA: Pasti jadi punya! Ini cara elak ‘stranger’ add masuk dalam group telegram judi dan forex