Kehadiran tetamu tidak diundang seperti lalat bukan sahaja mengganggu ketenteraman tetapi juga menjadi masalah apabila ia menghinggapi makanan.
Serangga ini boleh membiak sepanjang tahun, terutamanya dalam cuaca panas, dan mudah masuk ke dalam rumah melalui celahan-celahan dari luar.
Lebih merisaukan lagi, jika terdapat bau yang menyelerakan seperti belacan, ikan kering, atau budu, lalat akan muncul dengan lebih cepat.
Kumpulan lalat ini menjadi lebih mengganggu apabila berkumpul di atas makanan, meninggalkan telur yang boleh menyebabkan masalah kesihatan apabila dimakan.
Menurut Zareena Ahmad, terdapat kaedah moden dan tradisional untuk menghalau serangga ini daripada terbang bebas di dalam rumah.
Cara moden
1. Perangkap lalat (cuka dan sabun)
Campurkan air dengan beberapa titis cecair pencuci pinggan dan satu sudu cuka.
Letak campuran dalam satu bekas atau cawan.
2. Pelekat lalat
Buka pelekat lalat dan letakkan di kawasan yang menjadi tumpuan serangga ini.
3. Pemukul lalat
Bagi masyarakat Melayu, penyapu lidi sudah tidak asing sebagai salah satu cara tradisional untuk menghalau lalat.
Cara tradisional
1. Bunga cengkih dicucuk pada limau purut.
2. Serai wangi
3. Hirisan timun
4. Kulit kayu manis
5. Daun kari
6. Lilin
7. Gantung air
8. Gantung CD (compact disc atau cakera padat) lama
Semua kaedah yang dikongsikan ini boleh dicuba mengikut kesesuaian tempat dan keadaan.
Sekiranya masalah lalat sudah tidak terkawal, contohnya apabila telur lalat dapat dilihat sudah merata-rata di dalam makanan anda, dapatkan khidmat profesional.
BACA: Ramai yang cemari Aidiladha, terlepas pandang 12 perkara ini ketika beraya