Realtime website trackingweb stats

Wanita bocor tips bagi Kerepek Kentang Pedas kekal rangup

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Seorang wanita berjaya meraih perhatian ramai setelah membuat satu perkongsian mengenai Kerepek Kentang Pedas di akaun Facebook miliknya, baru-baru ini.

Mana tidaknya, wanita berkenaan telah membongkarkan rahsia untuk menyediakan sendiri Kerepek Kentang Pedas yang kekal rangup dalam tempoh lama di rumah.

Tidak perlu lagi membeli kerepek di kedai di mana harganya semakin lama semakin mahal, wanita bernama Mazidah Mohamed itu sedia untuk menghalalkan ilmunya.

“Pernah tanya tauke kedai yang jual Kerepek Kentang sedap di tempat saya ini.

Minta petua nak bagi rangup kentang itu. Tetapi dia enggan membocorkan rahsianya.

Wanita bocor tips bagi Kerepek Kentang Pedas kekal rangup

“Saya cuba intai-intai (resepi) di sosial media. Kebetulan pula kentang ada banyak di rumah. Dengan gigihnya buat. Nampak mudah tetapi renyah juga rupanya.” Katanya.

1. Cuci dan kupas kulit kentang. Kemudian, parutkan kentang yang sudah dibersihkan dengan nipis-nipis. Kemudian cuci semula sambil meramas-ramas hirisan tersebut.

2. Sediakan air yang menggelegak dan rebus hirisan kentang tersebut dalam tempoh 10 minit. Kemudian, masukkan hirisan yang telah direbus ke dalam sebekas air sejuk.

3. Rendam dalam masa 10 minit. Kemudian toskan sehingga airnya menjadi agak-agak kering sebelum digoreng dalam minyak panas seperti biasa mengikut selera.

4. Untuk sambal, petuanya seperti memasak sambal biasa tetapi jangan masukkan bawang merah. Hanya kisarkan bahan seperti bawang putih, halia dan lada kering.

5. Semasa memasak sambal, jangan lupa untuk masukkan gula dan garam mengikut selera anda. Setelah siap memasak, rehatkan seketika hingga sambal sejuk sedikit.

6. Kemudian, sambal tumis tersebut sudah boleh dicurahkan ke atas hirisan kentang yang telah anda goreng sebentar tadi. Gaul sehingga kerepek sebati dengan sambal.

Baca juga: Pelanggan muak layan ‘drama’ peniaga festival makanan, bila tak laku buat kisah sedih