Wan Ahmad Fahysal mengaku sokongan Melayu sudah tepu. Perikatan Nasional (PN) disarankan agar melonggarkan pendekatan strateginya bagi menarik sokongan daripada golongan pertengahan dan pengundi bukan Melayu, menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata seorang pemimpin Bersatu.
Menurut laporan Free Malaysia Today, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata strategi lebih anjal itu penting memandangkan sokongan daripada pengundi Melayu kini hampir mencapai tahap maksimum.
Sokongan Melayu Capai Had Maksimum?
Ahli Parlimen Machang itu menjelaskan bahawa PN kini sudah memiliki asas sokongan kukuh dalam kalangan pengundi Melayu dan Bumiputera, seperti yang terbukti menerusi kemenangan 74 kerusi Parlimen pada PRU15 lalu.
Namun, jumlah itu kini menyusut kepada 68 kerusi selepas enam Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita boleh lihat dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK), pola pengundian menunjukkan sokongan orang Melayu semakin tepu.
Ini satu kebimbangan sekiranya PN gagal melaksanakan strategi lebih fleksibel untuk memikat golongan pertengahan dan pengundi bukan Melayu,” katanya.
Rekod Prestasi PRK: PN Ketinggalan
Setakat ini, daripada 11 PRK yang diadakan selepas PRU15, PN hanya berjaya memenangi tiga kerusi, manakala gabungan BN-PH menguasai tujuh kerusi dan satu lagi dimenangi oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Lebih mengejutkan, PN juga kehilangan kerusi DUN Nenggiri, yang sebelumnya mereka menangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, kepada Barisan Nasional (BN).
Realiti politik semasa menunjukkan bahawa bergantung sepenuhnya kepada undi Melayu sahaja tidak mencukupi untuk membawa PN ke hadapan. Maka, langkah membuka ruang dialog yang lebih luas, inklusif dan strategik kepada semua kaum adalah kunci untuk memperkukuh sokongan rakyat menjelang PRU akan datang.
BACA JUGA :
PAS kena cerai lagi, BERSATU gila talak, ingin kembali bersama UMNO
Keluarga Timbalan Ketua Penerangan Bersatu ditahan SPRM, dakwaan rasuah
Ketegangan dalaman & hubungan Bersatu-PAS punca gesaan PRU awal