Realtime website trackingweb stats

VIRAL! Guru sanggup makan vitamin pelajar lepas selongkar beg ketika murid keluar rehat. Rupa-rupanya ini kisah sebenar disebaliknya

Oleh ADINDA

VIRAL! Guru sanggup makan vitamin pelajar lepas selongkar beg ketika murid keluar rehat. Rupa-rupanya ini kisah sebenar disebaliknya

Demi populariti, seorang guru sekolah rendah sanggup membuat konten dengan merakam menyelongkar isi beg pelajar ketika para pelajarnya keluar berehat.

Lebih dahsyat, dia sanggup makan snek vitamin milik pelajar yang ditinggalkan didalam begnya sebelum didedahkan itu hanyalah lakonan semta-mata.

VIRAL! Guru sanggup makan vitamin pelajar lepas selongkar beg ketika murid keluar rehat. Rupa-rupanya ini kisah sebenar disebaliknya demi populariti.

 

Susulan kecaman hebat diterima akibat menggeledah beg dan makan vitamin kepunyaan pelajar, guru wanita berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran di aplikasi TikTok miliknya, awal pagi tadi.

Guru dikenali Shi Qi atau mesra disapa Qiwiie dikalangan pengikut memohon maaf kepada ibu bapa pelajar dan orang awam yang terkesan dengan video dimuat naiknya beberapa hari lalu.

Shi Qi turut mengakui bahawa video berkenaan dirakam pada waktu rehat dan ia adalah konten berbayar.

“Saya ingin memohon maaf kepada ibu bapa dan individu yang tersinggung dengan video dimuat naik sebelum ini. Saya benar-benar kesal.
“Video tersebut adalah kandungan ditaja. Ia dirakam pada waktu rehat dan saya meletakkan gummies itu sendiri dalam beg pelajar sebelum dirakam. Saya periksa beg pelajar dan keluarkan gummy lalu dimakan,”jelasnya.

Akui silap tak minta kebenaran pelajar

VIRAL! Guru sanggup makan vitamin pelajar lepas selongkar beg ketika murid keluar rehat. Rupa-rupanya ini kisah sebenar disebaliknya demi populariti.

Meskipun tiada pelajar terlibat di sepanjang pembabitan rakaman konten berkenaan, namun Shi Qi akui kesilapannya di mana tidak meminta keizinan daripada mereka seperti dilakukannya sebelum ini.

“Tiada pelajar terlibat dalam video tersebut. Tidak seperti video-video sebelum ini yang mendapat kebenaran daripada ibu bapa mereka. Tetapi, untuk video terbaharu ini saya tidak meminta kebenaran mereka sebelum membuka beg kerana ia hanya dijadikan sebagai props.
“Ini adalah satu kesilapan dan kelalain yang amat saya kesali,”luahnya.

Sedar dengan kesilapan yang dilakukan, Shi Qi segera memadam video tersebut selepas 20 minit dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya. Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila video berkenaan dimuat turun oleh beberapa individu dan tular di platform media sosial.

Pun begitu, guru muda berkenaan berterima kasih atas teguran yang diberikan oleh warganet terhadap dirinya untuk lebih berhati-hati sebelum memuat naik konten di media sosial.

VIRAL! Guru sanggup makan vitamin pelajar lepas selongkar beg ketika murid keluar rehat. Rupa-rupanya ini kisah sebenar disebaliknya demi populariti.

“Saya masih baru dalam mencipta kandungan di media sosial dan saya masih belajar. Tapi ini bukan alasan. Sejujurnya, saya amat berterima kasih dan bersyukur kepada mereka yang telah membangkitkan isu ini dan saya akan jadikan ia sebagai pengajaran untuk lebih peka dan berhati-hati pada masa akan datang,”tulisnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya lagi, semua video yang melibatkan para pelajar sebelum ini telah pun ditarik semula selain menyatakan rasa kesal dengan perbuatan dilakukannya.