Selepas hampir dua bulan berdiam diri, pengaruh media sosial dan model terkenal, Marissa Dania Hakim akhirnya memutuskan untuk tampil terbuka dengan suaminya, Aslam, dalam sesi foto untuk promosi jenama pakaian tempatan.
Melalui video yang kini viral di media sosial, Marissa, yang berusia 20 tahun, kelihatan memakai pakaian berwarna hitam yang serasi dengan Aslam, yang juga disyaki menjadi model bagi jenama pakaian yang sama untuk koleksi Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Yang paling menarik perhatian ialah adegan Marissa membetulkan butang baju Aslam, dan mereka kelihatan selesa bersama.
Namun, gandingan Marissa dan Aslam tidak mendapat sambutan yang baik, ramai tidak puas hati dengan keputusan mereka untuk menjadi model bersama.
Selain itu, jenama pakaian itu juga dikritik kerana menggunakan individu yang terlibat dalam kontroversi sebagai model untuk promosi produk mereka.
“Tergamak jenama ini ambil Marissa dan Aslam? Tiada hati dan perasaan atau rasa simpati terhadap isteri pertama ke?
“Berani ya Marissa buat sesi fotografi dengan Aslam. Hari itu Aslam minta beri ruang tapi muncul dengan Marissa pula.
“Menyesal pula sudah beli baju dengan jenama ini, kecewa sangat,” komen netizen.
Sebelum ini, nama Marissa, yang merupakan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakin, menjadi perbualan hangat apabila dituduh berkahwin secara rahsia di Thailand dengan Aslam, yang telah berstatus sebagai suami orang.
Perkara ini kemudian disahkan oleh kakak ipar Aslam, yang dikenali sebagai Nadiah, yang mengatakan bahawa Aslam telah berkahwin dengan Marissa
Baca:
Stress tengok percikan minyak di dinding? Boleh rujuk tips ini elak tumisan cemarkan dapur anda
Remaja ini jadi individu pertama di Malaysia dapat Lesen ‘P’ eTesting JPJ
Orang yang pertama kali nak buat umrah boleh ikuti panduan ini sebagai langkah berjaga-jaga