Fendy Bakry dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara akibat jangkitan paru-paru, sejak Ahad lalu, pelakon, Fendy Bakry hanya mampu bertawakal berdepan pelbagai kemungkinan dengan kesihatannya itu.
Gambar: Bintang filem Seandainya Kau Ada (kiri) mengaku perasaannya bercampur baur
dan ada ketikanya ‘fobia’ memikirkan masalah paru-paru dihadapinya itu.
“Saya cukup ‘fobia’ setiap kali bercakap soal masalah paru-paru. Ini bukan kali pertama saya mengalami sakit ini.”
“Malah, saya pernah kena serangan teruk. Ditambah pula dengan situasi pandemik COVID-19, rasa gementar itu turun dan naik.”
“Apatah lagi, saya perlu membuat pelbagai ujian saringan,” katanya kepada BH Online.
Fendy berkata, ketika tiba di Jabatan Kecemasan, dia dapat melihat pesakit yang berdepan pelbagai masalah kesihatan seperti demam dan individu yang disyaki membuat ujian saringan COVID-19.
“Saya terdedah dengan apa sahaja kemungkinan. Saya hanya mampu bertawakal dan meminta dijauhi perkara tidak diingini,” katanya.
Gambar: Penyandang trofi Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 ini berkata,
dia sudah melakukan ujian calitan sebanyak tiga kali.
“Alhamdulillah, keputusan ujian calitan negatif. Mujur saya sudah selesai mendapatkan dua dos suntikan vaksin.
“Saya fikir vaksin diterima membantu saya. Namun, ia bukan jaminan.
“Saya terus berdoa agar lekas sembuh dan cepat keluar dari hospital. Kasihan isteri susah hati siang dan malam,” katanya.
Fendy berkata, dia tidak pasti bila akan dibenarkan pulang.
“Setakat ini, antibiotik terus dimasukkan ke dalam badan hinggalah kuman benar-benar hilang,” katanya.
Kami menjemput dan mengalu-alukan untuk kongsikan pandangan dan artikel penulisan anda ke NextStep Malaysia:
[email protected]