Realtime website trackingweb stats

‘Ustaz-ustaz yang pernah belajar di UK berapa kali minum arak?’ – Tahu pula melenting bila dipersoal

Oleh NURAIMAN

Seorang ustaz menegur sikap sesetentah mereka yang juga bergelar ustaz terutamanya yang terbabit dalam parti politik apabila suka mengapi-apikan isu agama.

Ikuti tulisan Ustaz Miqdad Zakaria yang menjentik sikap negatif mereka sehingga memporak-perandakan ketenteraman masyarakat ini:

Entahlah,

'Ustaz-ustaz yang pernah belajar di UK berapa kali minum arak?' - Tahu pula melenting bila dipersoal

Kadang-kadang tu saya pelik dengan tabiat ustaz-ustaz yang suka mengapikan isu agama, khususnya yang terlibat dengan dunia politik.

Semalam, apabila saya buat satu persoalan:

Ustaz-ustaz yang pernah belajar di UK duduk pula di bawah undang-undang negara yang membenarkan minum arak, berjudi dan zina.

Berapa kali kalian buat benda-benda haram itu?

Lalu ada yang kata kepada saya kurang ajar.

Isunya, bukan duduk pada kurang ajar atau pun tidak. Tidak!

Pokoknya soalan itu lahir apabila kamu membuat andaian mengikut cara kamu sendiri, bukan berpandukan fakta kebenaran yang ada.

Kalaulah diambil cara kamu berfikir itu untuk diri kamu sendiri apabila berada di UK, duduk pula di bawah undang-undang yang membenarkan arak, judi dan zina; nescaya secara logiknya kamu dah jadi kaki botol, dah ada ramai anak zina dan yang lebih parah dah jadi najis judi.

Adakah ia benar berlaku?

Mungkin tidak, tapi kenapa? Sebab kamu masih ada iman yang mengawal diri kamu.

Begitulah orang beriman yang lain, sama sahaja macam kamu!

Kecuali yang betul-betul berusaha ke arah itu. Jenis macam ini, ada undang-undang atau tidak, dia tetap lakukan. Itu satu hal.

Yang kedua, adakah benar undang-undang minum arak, zina dan liwat sudah dimansuhkan?

Kamu faham atau tidak, tentang perkataan ‘pertindihan kuasa’?

Atau kamu seorang Ustaz yang mempunyai masalah mental untuk memahami perkataan itu?

Makna pertindihan kuasa adalah kerajaan negeri dan kerajaan pusat mempunyai dua hukuman yang tidak selari atas satu kesalahan.

Apabila pihak pusat membatalkan hukuman itu, bermakna hukuman itu ada satu. Pergilah ke mana sekali pun dalam negara ini, satu itulah hukumannya.

Perkara sangat mudah sahaja untuk difahami, tapi mungkin bagi otak kamu ianya susah dan rumit kerana nafsu dendam yang ada dalam dada kamu telah banyak merosakkan kewarasan kamu.

Jadi, kembalilah kepada jalan sederhana, jalan wasatiyyah. Jalan yang suka mengkaji, menggali, meneliti, menekuni dan sebagainya.

Kamu kena ingat, dalam dunia, semua orang ada bodohnya.

Yang paling bodoh apabila bodoh itu ditayangkan di hadapan mereka yang tidak bodoh secara percuma.

Baca:

Bersiap sedia! Cuaca panas dan kering dilangka landa Malaysia

Penduduk gelar remaja ini ‘Newton versi Gaza’ selepas hasilkan sumber elektrik guna barang terbuang

Mak Shila Amzah dah mula luah rasa rindu, ini nasihat netizen kepada Mamazie