Realtime website trackingweb stats

Untungla penyimpan ASB, dividen dijangka tinggi tahun ini

Oleh ADINDA

Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun ini dijangka akan lebih tinggi daripada 4.6 peratus yang dibahagikan pada tahun lepas.

Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, Pengarah Program MBA di Putra Business School (PBS), menyatakan bahawa pengumuman kadar dividen ASB selalu dinantikan oleh pelabur.

Beliau meramalkan bahawa pulangan ASB akan lebih tinggi berbanding agihan dividen yang diberi pada tahun 2022, di mana pendapatan dibahagikan sebanyak 3.35 peratus dan bonus sebanyak 1.25 peratus.

“Walaupun FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) belum menunjukkan peningkatan prestasi tetapi saya jangkakan dividen ASB yang akan diumumkan tidak lama lagi tidak akan seteruk tahun sebelumnya.

“Ini ditambah dengan peningkatan pertumbuhan positif keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang dicapai setiap suku tahun pada tahun ini.

“Oleh itu, jangkaan saya dividen ASB 2023 akan lebih tinggi daripada 4.6 peratus pada tahun lalu,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, prestasi dividen ASB tahun ini dipengaruhi oleh pelaburan di luar negara yang dijangka terus menjadi penyumbang utama kepada prestasi dividen ASB.

Sementara itu, seorang pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, juga berpendapat bahawa kadar dividen ASB tahun ini dijangka meningkat dan lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Dia mengatakan bahawa walaupun pasaran saham negara masih rendah tahun ini, dividen ASB dijangka tetap berada antara 5.0 hingga 6.0 peratus.

“Agihan dividen ASB bagi 2023 tidak akan melebihi 6.0 peratus mengikut situasi ekonomi semasa, tetapi akan lebih baik berbanding 2022.

“Malah, ASB masih menjadi platform pilihan untuk rakyat melabur kerana risiko yang rendah dan harga unit saham yang tetap,” katanya.

Bagi tahun 2022, Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan bahawa pengagihan ASB sekarang adalah 4.6 sen seunit dengan terdapat bonus tambahan 0.5 sen seunit. Ini merupakan jumlah yang lebih rendah daripada tahun 2021.

Pada tahun 2021, pengagihan pendapatan ASB adalah 5.0 sen seunit, termasuk 4.25 sen seunit untuk agihan pendapatan dan 0.75 sen seunit untuk bonus. Manakala pada tahun 2020, agihan pendapatan adalah 4.25 sen seunit tanpa bonus.

 

Baca :

‘Tuhan bersama bayi itu’ – Orang Barat baru mengaku Tuhan wujud selepas ‘bayi puting beliung’ ini selamat 

‘Ustaz cakap senang sebab semua dah ada’ – Jemaah masjid dedah 4 jenis harta ustaz dah ada 

‘Tampal hari ni, esok berlubang besar balik’ – Heboh daerah ini banyak betul jalan tagih nyawa