Realtime website trackingweb stats

Untungla penjawat awam, baru dapat RM2,000 dapat lagi duit raya RM500

Oleh ARIF ABDULLAH

Semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk mereka yang lantik kontrak, akan menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 hari ini.

Sejumlah RM1,000 juga diberikan kepada semua pegawai penting dalam sektor kerajaan seperti polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan semua anggota beruniform.

Tambahan pula, semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen akan menerima bayaran insentif sebanyak RM1,000.

Untungla penjawat awam baru dapat RM2 000 dapat lagi duit raya RM500

Walau bagaimanapun, terdapat perbincangan di kalangan individu yang menerima di platform media sosial apabila ada yang mempertikaikan sama ada bayaran insentif tersebut termasuk Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) bagi tahun ini.

Kebanyakan penjawat awam kerajaan berharap akan ada bantuan khas tambahan yang diperuntukkan khas untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan tiba pada pertengahan April nanti.

“Bayaran insentif hari ini dah kira untuk raya sekali ka? Atau ini sebagai bonus tahunan untuk penjawat awam dan akan ada bantuan khas kewangan Aidilfitri seperti tahun-tahun lalu?,” soal Izzudin.

“Nak raya nanti akan ada pagi bantuan kah untuk penjawat awam macam selalu? Saya tanya sahaja. Sekurangnya boleh bersedia dari awal,” ujar Zainol.

Baca:

Harga tapak cekik darah punca peniaga bertindak sebegitu

Pernah viral ‘disaster girl’, kini meme senyum sinis budak ini terjual RM2 juta

3 tips kuruskan badan sebelum Hari Raya, rupanya boleh je makanan bergoreng tapi…