Realtime website trackingweb stats

Untung berkali ganda, sikap tamak peniaga ‘mark up’ harga nasi di aplikasi Grab raih perhatian

Oleh ABDULLAH HAMID

Satu pinggan nasi kosong dianggarkan hanya memakan belanja sebanyak 38 sen, tetapi dalam aplikasi penghantaran makanan, ia dijual dengan harga RM3.50 atau hampir 300 peratus lebih mahal.

Mengungkapkan hal ini, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood, menyatakan bahawa beliau sedang menyiasat harga nasi kosong dalam aplikasi Grab.

Menurutnya, dengan mempertimbangkan harga 10 kilogram beras tempatan yang sebanyak RM38, peniaga dapat menyediakan kira-kira 100 pinggan nasi untuk para pelanggan.

Untung berkali ganda, sikap tamak peniaga 'mark up' harga nasi di aplikasi Grab raih perhatian

“Maknanya, sepinggan nasi jatuh pada harga kos sebanyak 38 sen saja, tetapi pagi ini saya periksa harga nasi kosong di aplikasi Grab, ia berharga RM3.50 iaitu naik hampir 300 peratus,” katanya.

Pendedahan beliau semasa beliau menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM pada Jumaat lalu, menyusul selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengangkat isu tentang harga makanan yang semakin meningkat.

“Saya lihat ada rakan komen, harga beras turun, harga gula terkawal, harga ayam turun ketimbang dua tiga tahun lalu, tapi harga makanan naik,” tegas Perdana Menteri dan mengarahkan pemantauan serta penguatkuasaan dipertingkatkan.

Azman menasihati peniaga supaya tidak menaikkan harga nasi kosong terlalu tinggi kerana kos sepinggan nasi tidak melebihi 40 sen.

“Janganlah ambil peluang, peniaga juga perlu prihatin kerana kerajaan juga sudah berkorban, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), pemborong, peruncit dan semua pihak dalam sektor ini sudah berkorban dengan menurunkan harga.

“Harap peniaga tidak naikkan harga nasi kosong sampai 300 peratus daripada kos bahan mentah yang ada sekarang ini,” katanya.

Baca:

Elak kena kompaun, jangan buat kesalahan ini menjelang perayaan Aidilfitri

Cuba 6 tips ini untuk bijak berbelanja, nombor 3 tu kalau berlebihan pun duit boleh banyak ‘terbang’

Netizen ‘complaint’ menu di bazar, siap senarai jenis makanan tak berbaloi beli