Realtime website trackingweb stats

Unik! Michelle Yeoh gayakan busana kerajang timah di Met Gala, pukau mata netizen

Oleh SHAZLIN AZIZ

Kehadiran Tan Sri Michelle Yeoh di karpet merah Met Gala 2024 menarik perhatian ramai orang apabila pemenang Anugerah Oscar tersebut memakai gaun yang terbuat dari kerajang timah atau aluminium foil.

Michelle, juga dikenali sebagai Michelle Yeoh Choo Keng, 62 tahun, menyatakan bahawa pakaian tersebut diilhamkan oleh Demna, pereka jenama Balenciaga, yang diinspirasikan daripada kenangan semasa zaman kanak-kanaknya.

“Sebenarnya gaun ini adalah sesuatu yang Demna pernah buat ketika dia masih kanak-kanak.

“Bermain dengan kerajang timah dan menghasilkan pakaian untuk anak patung adiknya,” katanya.

Pada majlis Met Gala 2024 yang megah itu, Michelle turut menunjukkan penampilan baru dengan potongan rambut serta gaya yang baharu, yang membuatkan beliau kelihatan lebih muda.

Unik! Michelle Yeoh gayakan busana kerajang timah di Met Gala, pukau mata netizen

Met Gala 2024 yang diadakan di Muzium Seni Metropolitan, New York pada malam Isnin turut menampilkan ramai selebriti terkenal seperti Jeniffer Lopez, Sarah Jessica Parker, Kylie Jenner, Rihanna, Ariana Grande, Cardi B dan Doja Cat.

Tema adalah Sleeping Beauties: Reawakening Fashion dengan kod pakaian The Garden of Time, telah menarik perhatian ramai, termasuk Rita Ora dan Doja Cat.

Rita mengejutkan ramai pihak apabila muncul dengan pakaian ketat berwarna kulit, sehingga ada yang tersalah sangka bahawa dia berpakaian seperti bogel.

Penyanyi yang berumur 33 tahun itu menunjukkan keberanian dengan memakai pakaian yang nipis dengan lapisan pelbagai warna, serta dipadankan bersama sepasang kasut tumit tinggi.

Rita juga kelihatan tanpa memakai sebarang pakaian dalam, namun dengan penuh keyakinan berjalan di atas karpet merah bersama suaminya, iaitu pengarah Taika Waititi.

Sementara itu, perhatian juga tertumpu kepada pelakon Zendaya yang memakai pakaian rekaan pereka John Galliano, yang diilhamkan oleh gaun Dior tahun 1999.

Pelakon dalam filem Dune 2 menarik perhatian dengan pakaian berwarna biru dan hijau zamrud yang dihiasi dengan elemen yang dikatakan terinspirasi daripada pokok buah-buahan.

Selain Michelle dan Zendaya, Demi Moore juga menonjol dengan gaya busana seperti memanah yang memberi variasi kepada fesyen selebriti dalam Met Gala tahun ini.

Demi merupakan salah seorang selebriti yang paling mencuri tumpuan dengan pakaian berwarna hitam yang menyerupai papan memanah yang penuh dengan aksesori alat panahan.

Baca:

Hot FM anjur solat hajat untuk Faisal Halim, semua dijemput hadir

“Ada yang panas tapi bukan api” – Netizen minta Aiman Hakim padam gambar dengan isteri

Selepas Akhyar & Faisal, kini giliran Safiq Rahim pula ‘diserang’