Di sebuah sekolah, perhatian semua orang tertumpu pada sambutan Hari Raya kerana seorang guru telah membuat tose sendiri di dalam kelas untuk anak-anak muridnya.
Dalam video yang dikongsi di TikTok oleh Saiful_adli80, seorang guru wanita dapat dilihat memasak tose di atas dapur kecil dan menyajikannya kepada murid-murid serta guru-guru lain.
“Sama, setiap kali raya saya buat tose, kari ayam dan cutni. Jiran-jiran datang minta sanggup tunggu tose siap. Kalau keturunan mamak, memang wajib buat,” kata Jida.
“Bagusnya cikgu siap bawa dapur nak bagi murid makan panas-panas, memasak pun bersih saja dan cantik bersari,” puji Widia.
“Seronoknya, cikgu macam ibu. Bila kita masak untuk seseorang itu bermaksud kita sayang orang itu. Terbaik cikgu,” kata Alia.
“Cikgu Inthira dari dulu memang rajin buatkan tose, kirim salam Cikgu Inthira,” kata Mangah.
Sehingga sekarang, video itu telah dikunjungi lebih daripada 600,000 kali.
@saiful_adli80
Baca:
Tak memilih kerja asalkan halal, Hafidz Roshdi akui lebih tenang semenjak buat ini
Cara masak rendang daging cili api berempah cara arwah nenek, makan dengan lemang memang ngam teruk