Jangan terkejut memang ada individu yang sudah kaya raya apabila umur sudah mencecah 40 tahun hinggakan tidak perlu kerja hingga tua.
Namun, tentu ada rahsianya sehingga diizinkan Allah meraih rezeki yang melimpah ketika ramai mereka di luar sana garu kepala melihat baki akaun di bank.
Seorang ustaz berkongsi rahsia seorang jutawan di Pulau Pinang boleh dilimpahi rezeki berganda-ganda.
Rupanya, individu jutawan itu bukan sahaja bangun sebelum Subuh malah ada amalannya yang terbukti amat disukai Allah.
“Saya pernah jumpa satu orang ini, rumah dalam taman, berkaca-kaca. Ikan lima ekor harga RM25,000 semuanya.
“Saya waktu muda kerja sungguh-sungguh pasal saya nak berhenti umur 40.
“Umur 40 dah berjuta duit dalam bank. Dia bagi tips macam mana nak kaya.
“Dia kata bangkit sebelum Subuh, sekurang-kurangnya baca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Alllahuakbar 33 kali. Paling kurang,” kongsinya dalam sedutan video yang dimuat naik di TikTok.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pentingnya bangun meninggalkan katil sebelum masuknya waktu Subuh.
Malah, bangun sebelum Subuh itu juga selaras dengan seruan azan itu sendiri yang mengajak kepada menuju kejayaan.
“Bangkit sebelum Subuh menyebabkan kaya.
“Siapa yang bangkit selepas Subuh, tak kaya. Dok miskin tu lah,” ujar penceramah berkenaan lagi.
@awinrzk Nak kaya jutawan selepas umur 40? Tips nak kaya & amalan nak kaya. #tipskaya #doakaya #doamurahrezeki
Baca:
Irma Hasmie akhirnya buka mulut, perjelas status sebenar dengan Redza
Lagi kes hina Agong, lelaki ‘famous’ ini didakwa di mahkamah