Realtime website trackingweb stats

Ulat ‘bersarang’ dalam kurma, pelanggan persoal kualiti kebersihan syarikat pengeluar

Oleh ABDULLAH HAMID

Hasrat seorang wanita dan keluarganya untuk bersahur dengan buah kurma menjadi sia-sia apabila mereka mendapati juadah kering yang mereka beli telah reput dan berulat.

Kejadian ini berlaku ketika wanita tersebut membuka kotak kurma dan mengupas buah tersebut untuk dibuang bijinya, namun dia terkejut apabila melihat ulat keluar dari buah yang sudah reput itu.

Wanita yang menjadi mangsa kejadian ini ialah Farah Ameera Kamalariffin, yang mengatakan bahawa dia membeli kurma tersebut di sebuah pasar raya berhampiran Putatan, Sabah pada hari Isnin.

 Ulat 'bersarang' dalam kurma, pelanggan persoal kualiti kebersihan syarikat pengeluar

“Kejadian sahur tadi, walhal baru sahaja beli semalam di S***y Putatan. ‘Bersarang’ la perut ini.

“Kenapa kamu (pasar raya) menjual seperti ini. Kalau ikutkan tarikh luput 28 Disember 2025.

“Hati-hati pada mereka yang di luar sana, sekarang kurma pun tak boleh percaya,” tulisnya melalui satu hantaran Facebook pada Selasa.

Namun, tidak hanya satu tetapi kebanyakan buah kurma dalam kotak itu sudah dimakan oleh ulat.

Selain itu, dia juga ingin tahu dari syarikat yang mengedar kurma itu dan pasar raya di mana dia beli tentang kualiti kurma yang dijual.

“Tolong ambil tindakan segera Yusuf Taiyoob dan mohon penjelasan S****y Putatan. Saya dah makan kurma yang kelima baru tersedar,” katanya.

Sementara itu, wakil daripada Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) meminta wanita itu untuk segera menghubungi mereka tentang perkara tersebut.

“Pelanggan boleh menghubungi kami dengan cara menelefon atau menghantar e-mel kepada pihak kami dengan kadar segera.

“Berkemungkinan produk itu mungkin rosak ketika berada dalam simpanan pasar raya berkenaan.

“Untuk makluman produk kurma di gudang dan pusat pengedaran Yusuf Taiyoob bersih dan kami sentiasa pantau kualiti produk.

“Hubungi kami dan kita akan siasat. Kita juga akan ganti kurma yang baru atau pulangkan semula duit pelanggan,” katanya ketika dihubungi Majoriti.

Baca:

Individu pertama renang solo 12 jam tanpa henti sejauh 26.2km

Patutlah kereta tersidai di pam petrol rupanya…, ‘spesis’ begini kena tahu apa orang lain kata

Bahaya rupanya makan banyak kurma kalau dah kena penyakit…, wajib baca nasihat doktor ini