Seorang ulama di Indonesia, Gus Miftah, telah menerima kecaman hebat daripada rakyat negara itu
selepas menggunakan kata-kata kasar terhadap seorang penjual minuman dalam sebuah majlis ceramah yang dihadirinya.
Kejadian tersebut berlaku di Magelang, Jawa Tengah, ketika Gus Miftah menyampaikan ceramah
Dan secara tidak sopan memanggil seorang peniaga teh dengan panggilan kasar.
“Air kamu masih banyak ke? Kalau masih banyak pergilah jual bodoh!” katanya.
Tindakannya itu segera mencetuskan kecaman di media sosial, di mana ramai berpendapat seorang ulama tidak sepatutnya menggunakan kata-kata yang tidak sopan terhadap orang lain.
Selain menjadi seorang ulama, Gus Miftah juga memegang jawatan sebagai utusan khas Presiden Indonesia, Prabowo, untuk hal ehwal agama.
Tindakan beliau mendapat perhatian Istana Negara yang menegur perbuatannya. Sebagai respon, Gus Miftah segera mengeluarkan permohonan maaf kepada peniaga minuman tersebut.
“Saya Miftah Maulana Habiburrahman dengan kerendahan hati memohon maaf atas kekhilafan saya. Saya memang sentiasa bergurau dengan siapa pun.
Oleh kerana itu, saya akan terus meminta maaf kepada peniaga minuman yang terkesan dengan gurauan saya,” katanya.
Beliau juga memohon maaf kepada masyarakat yang merasa tersinggung dan menyatakan bahawa insiden ini menjadi pengajaran untuknya agar lebih berhati-hati dalam setiap ceramah atau ketika berada di khalayak ramai.
BACA: Terpaksa balik KL, Khairul Aming umum tamatkan misi banjir Kelantan