Realtime website trackingweb stats

Ubai Mz sindir bekas suami Shila Amzah disebabkan culas tanggungjawab?

Oleh ABDULLAH HAMID

“Nafkah anak tak bagi walaupun RM350 dengan alasan sebab bekas isteri sudah kahwin.”

Luahan pempengaruh dan suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai MZ yang berasa berang terhadap individu yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Menurutnya, nafkah sebanyak RM350 yang sepatutnya diberikan kepada anak tetapi tidak diberi.

Ubai tidak menyebut sebarang nama, Ubai juga berang apabila alasan yang diberikan individu itu tidak masuk akal.

“Nafkah anak tak bagi walaupun RM350, dengan alasan sebab bekas isteri sudah kahwin.

Ubai Mz sindir bekas suami Shila Amzah disebabkan culas tanggungjawab?

So, tanggungjawab anak sudah berpindah kepada suaminya,” katanya.

Ubai juga berang apabila niat baik pihak yang membantu disalah ertikan.

“Bila suami kepada bekas isteri kau bagi nafkah dekat anak kau, kau cakap itu semua duit bekas kau, bukan duit suaminya.

Sebab, suaminya tidak kaya.

Biawak hidup ni kan!” tulisnya.

Pada masa itu, Ubai juga mendedahkan individu terbabit tidak memberi nafkah serta tidak menyediakan tempat tinggal, makan, minum dan kenderaan.

Malah, bil hospital untuk tujuan bersalin juga tidak dipedulikan.

“Daripada kahwin sampai cerai satu haram pun tak bagi.

Anak minta kasut pun tak bagi-bagi sampai sekarang.”

“Dulu bekas isteri tanggung dari makan, minum, kenderaan dan tempat tinggal.

Bil hospital beranak pun langsung kau tak ambil peduli.

Eh, geram pula aku,” katanya.

Ubai berkongsi mengenai perkara itu menerusi platform X (Twitter) miliknya.

Untuk pengetahuan, Shila telah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada bulan April 2018.

Tetapi mereka bercerai pada bulan Februari 2022.

Dari perkahwinan mereka, mereka dikurniakan dengan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais.

Pada 4 Ogos 2023, Shila dan Ubai telah berkahwin dalam satu majlis pernikahan di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.

Baca:

Tak sabar betul bayi nak jenguk dunia, tetamu rumah terbuka menjerit terlolong ibu terberanak

Pelik tengok ramai post status WhatsApp guna singkatan? Rupanya ini je pun maksud LU, LUM, MUSM

Ayam baru beli jadi kurang segar? Ini tips mudah kekalkan kesegaran, no 7 paling penting