UAE bina rumah ibadat gabung agama Islam, Kristian, Yahudi

Oleh ADINDA

Abu Dhabi telah melancarkan perancangan untuk membangunkan sebuah kompleks agama yang luas menggabungkan masjid, gereja, dan synagogue (rumah ibadat yahudi). Kompleks ini direka oleh oleh arkitek terkenal Sir David Adjaye OBE dan firmanya Adjaye Associates.

Projek yang dinamakan Abrahamic Family House diinspirasikan daripada kisah dari dalam kitab Bible yang menyebut Abraham atau Ibrahim adalah bapa kepada tiga agama monoteistik: Yudaisme; Agama Kristian; dan Islam. Abrahamic Family House ini akan dibangunkan di Pulau Saadiyat di ibu kota Emiriah Arab Bersatu, tidak jauh dari Louvre Abu Dhabi yang baru.

Ketiga-tiga rumah ibadat berbentuk kubik ini dirancang oleh Adjaye Associates ini dikatakan untuk mendorong nilai “kewujudan bersama dan penerimaan damai” dari tiga agama Kristian, Islam dan agama Yahudi Ibrahim di ibu kota UAE.

Gambaran reka bentuk Abrahamic Family House yang menghimpunkan gereja, masjid dan synagogue di satu tempat
Gambaran pemandangan luar Abrahamic Family House di Abu Dhabi dengan rumah ibadat di depan

Keputusan untuk membangunkan kompleks ini hasil pertemuan antara Paus Francis dan Syeikh al-Azhar, Syeikh Ahmed el-Tayeb, semasa lawatan paus ke Abu Dhabi pada Februari 2019. Kedua pemimpin agama itu menandatangani “Dokumen Persaudaraan Manusia untuk Keamanan Dunia dan Hidup Bersama” yang antaranya mendesak ahli politik dan para penguasa untuk bekerja keras menyebarkan budaya toleransi dan hidup bersama dalam kedamaian serta untuk campur tangan secepat mungkin menghentikan pertumpahan darah orang yang tidak bersalah lalu mengakhiri perang, konflik, keruntuhan akhlak dan kemerosotan moral yang sedang dialami dunia saat ini.

Perjanjian damai atas nama keharmonian dan kemanusiaan sejagat antara Paus Francis dan Syeikh Al-Azhar

 

Ilustrasi pemandangan dalam masjid
Ilustrasi pemandangan di dalam gereja

 

Ilustrasi pemandangan di dalam synagog

 

Ilustrasi pemandangan taman di Abrahamic Family House

Walau bagaimanapun, usaha pembinaan Abrahamic Family House ini dikatakan sebagai satu usaha normalisasi penerimaan fahaman pluralisme yang merupakan fahaman yang ditolak oleh Islam dan juga dihubung kait dengan Abrahamic Faith. (Bersambung)